Hak Cipta Terpelihara. Baca Yes, Copy No

Tuesday, October 19, 2010

SPC14

Fandi sedang mengelamun di sofa yang terdapat di pejabatnya itu. Kakinya pula diletakkan di atas meja kopi berdekatan.
Itulah kali pertama dia meletakkan kakinya di situ kerana tidak pernah dirasakan keperluan untuk dia berbuat demikian. Namun ingatannya pada wanita itu melupakan dia pada perbuatannya.
Senyuman dan kenyitan mata Durra yang nakal sering berulang-ulang bermain di kelopak matanya. Dia cuba untuk memberikan perhatian kepada kerjanya, tapi hampa. Wajah ayu itu jugalah yang kerap mencuri perhatiannya.
Nasib baiklah dia belum lagi merancang untuk bertemu lagi dengan Durra dalam jangka masa yang terdekat ini. Itu pun kerap juga dia menarik tangannya yang telah mula mendail nombor telefon pejabat Durra.
Nasib baik juga dia tidak mengetahui nombor telefon bimbit wanita itu, jadi kehendaknya dapat ditahan sehingga waktu bekerja. Dan bila tiba waktu bekerja pula, menegah dirinya dari mengikut kehendak hatinya yang ingin berbicara dengan wanita itu menjadi satu lagi rutin dalam hidupnya kini.
Entah ilmu apa yang Durra pakai agaknya. Sehinggakan dia yang selalunya tidak menghiraukan kehadiran wanita di sekelilingnya, sering kali jadi lupa diri. Hatinya selalu berkata, dapat dengar suara manja Durra pun cukuplah.
Hai, kenapalah dia jadi begini, Fandi sendiri naik hairan…. Hatinya mengeluh perlahan.
Mungkin juga dia dah terkena ubat guna-guna Datin Ilia Durrani, itu sebab terlalu sukar untuk dia melupakan wanita itu. Siapa tahu, kemungkinan itu tetap ada, hatinya berkata lagi.
Fandi teringat kembali kata-kata Umminya yang pernah memberitahu, siapa yang dah terkena guna-guna ni, tak ada masa nak fikirkan yang dia tu dah terkena guna-guna ataupun tidak, sebabnya fikiran si mangsa sudah dipenuhi dengan bayangan si pemangsa sahaja tanpa menyedari perkara lain yang berlaku di sekelilingnya.
Fandi mengelamun lagi. Dia teringat kembali aksi ciuman angin yang dilemparkan oleh Durra kepadanya selepas menghantarnya kembali ke banglo mewah itu.
Digeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali bila teringatkan reaksinya sendiri pada malam itu. Dia sendiri hampir tidak mempercayainya.
Hampir saban malam, aksi demi aksi yang telah dipertontonkan oleh Durra menghantui mimpinya. Dia sendiri jadi keliru.
Siapa sebenarnya wanita itu yang sekejap serius, sekejap penuh dengan gurauan, sekejap tergedik-gedik dan sekejap lagi begitu agresif?
Hei, aku bukannya angau, tekan Fandi kepada dirinya. Aku boleh lupakan dia, desis hatinya. Lupakan saja dia, ulang hatinya lagi.


ILIA memilih waktu itu untuk melangkah masuk ke dalam pejabat Fandi.
Degup jantung Fandi terus terhenti. Dia hampir terlupa untuk bernafas.
Rambut Ilia yang pendek itu kusut masai ditiup angin, bagaikan baru bangun dari tidur. Matanya bersinar-sinar, persis ada sesuatu yang sedang dimarahinya, namun begitu menggoda pada pandangan matanya. Baju hitam tanpa lengan dan mengikut bentuk menutupi tubuhnya hingga ke paras paha menjadi santapan mata Fandi yang sedang kekalutan.
Terkejut Fandi dengan kehadiran yang tidak disangkanya itu. Terbeliak matanya memandang Ilia.
Disangka oleh Fandi yang dia sedang mengelamun, tapi kekalutan Raihana yang membuntuti Ilia ketika itu memberitahunya yang wanita itu memang betul-betul berada di depannya kini.
“Maafkan saya Encik Umar. Wanita ini terus aje merempuh masuk tanpa mempedulikan tegahan saya.” Raihana tergagap-gagap menerangkan kepada Fandi. Takut sekiranya disergah oleh ketuanya pula. Ini pertama kalinya menghadapi tetamu yang tidak mempedulikan larangannya daripada terus menerjah masuk ke pejabat ketuanya itu.
Fandi membetulkan duduknya dan memberi isyarat kepada Raihana untuk meninggalkan bilik itu.
“Topless driving?” selamba Fandi menegur Ilia yang masih mencerlung ke arahnya dengan tangan yang tercekak di pinggangnya dari muka pintu pejabatnya.
“What?” Melopong mulut Ilia sebagai reaksi kepada soalan yang diajukan Fandi kepadanya. Dilihat pada tubuhnya. Masih berpakaian. Apa pula yang dimaksudkan oleh lelaki itu? Dia memberikan reaksi keliru kepada Fandi.
Fandi menunjuk ke arah kepala Ilia.
“Rambut awak tu, Durra. Kusut masai aje nampaknya. Menggerbang bagaikan ditiup angin. Mungkin awak telah memandu dengan tidak memasangkan atap kereta awak tu. Topless driving.” Jelas Fandi sambil merujuk kepada pemanduan Ilia yang sebenarnya tidak suka memasang atap kepada kereta Peugeot 206nya ketika memandu semasa cuaca cerah.
Seketika kemudian, Ilia pulih dari kekeliruan yang dialaminya dengan kenyataan Fandi tentang ‘Topless Driving’ itu sebentar tadi. Rupa-rupanya dia merujuk kepada cara pemanduannya, bukannya pakaiannya.
Walaupun tujuannya adalah untuk memikat Fandi, tapi dia tidak mahu pakaiannya terpaksa mencapai ke tahap itu. Dia masih ada maruah diri walaupun mungkin ada orang lain menyangka yang sebaliknya.
“Apa kaitannya cara pemanduan saya dengan semua ini?” Soal Ilia sedikit geram.
“Tak ada apa-apa. Sekadar untuk memberitahu awak tentang penampilan awak ketika ini. Bukankah selalunya wanita memberi perhatian yang lebih kepada penampilan diri?”
Selamba Fandi cuba menarik perhatian wanita itu kepada penampilan dirinya sendiri tanpa memberi tumpuan kepada dirinya ketika itu. Tidak sanggup untuk dia terus menahan panahan mata Ilia yang begitu tajam dan juga supaya Ilia akan berdiri sahaja di situ dan tidak mendekati dirinya di sofa.
Ilia memerhatikan bayangannya yang tampak jelas di tingkap yang berdekatan. Memang bercelaru. Teringat dia akan iklan Pantene. Alangkah baiknya sekiranya pelembap itu di tangannya sekarang.
Ilia cuba mengemaskan penampilannya ketika itu juga. Rambutnya disikat dengan jari jemarinya.
Hem, dia menegur penampilan aku, itu maknanya dia perasankan aku. Untung-untung dia juga ada menyimpan perasaan terhadap aku. Tak banyak, sikit, sempat Ilia mengomel di dalam hatinya. Kesimpulan itu dicapainya walaupun dia sebenarnya bukanlah pakar di dalam soal hati.
“I have to give you more credit” Omel Ilia kepada Fandi yang tampak senang hati di hadapannya kini.
Terangkat kening Fandi dengan kenyataan Ilia namun faham akan maksudnya.
“Bukankah saya dah katakan pada awak sebelum ini yang saya tidak akan menyerah kalah begitu sahaja.”
“Tapi saya tak sangka yang awak akan gunakan cara ini. Awak berjumpa dengan ahli lembaga pengarah saya secara bersembunyi, behind my back.” Ilia melangkah menghampiri Fandi.
“Stop kat situ!” Fandi kaget mengarah.
“Kenapa?” Berkerut dahi Ilia mendengar arahan yang diterimanya. Takkanlah lelaki ini tidak beradab, tidak mahu langsung mempelawa dia untuk duduk di sofa empuk itu.
“Awak rasa saya patut berdiri sahaja di situ? Di muka pintu tu?” Sambung Ilia bila pertanyaannya tidak dijawab oleh jejaka idamannya itu. Tangannya sudah menunjuk ke muka pintu pejabat Fandi.
Fandi sekadar menganggukkan kepalanya.
“Saya tak boleh duduk di situ, dekat dengan awak?” Tangan Ilia mengunjuk ke sofa itu pula.
“Nope.”
“Why? Kenapa?”
“Awak hanya akan berada di sini sekejap sahaja, Durra.”
“But I am in no hurry. Saya boleh ambil masa saya. Saya boleh berada di sini selama mana yang saya nak.” Ilia memandang ke arah Fandi yang jelas keresahan. Ilia mula berkira-kira. Pasti lelaki itu rasa cemas dengan kehadirannya.
“But I am expecting someone.” Fandi membela diri.
“Well, that someone can definitely wait…” Ilia mendesak. Sengaja ingin melihat reaksi yang akan dipamerkan oleh lelaki di hadapannya itu.

No comments: