Hak Cipta Terpelihara. Baca Yes, Copy No

Sunday, February 20, 2011

SSR6

Sejam berlalu dan Ameera Syuhadah menanti dengan penuh debaran. Dia tidak pasti sama ada adik Franz ataupun mungkin juga Franz sendiri yang akan hadir di situ. Hatinya masih kuat mengatakan bahawa Franz masih lagi berbohong tentang siapa dirinya yang sebenarnya. Ameera Syuhadah juga rasa gelisah. Dia tidak mahu Hamd dan Lynd pulang sebaik sahaja lelaki itu mengetuk pintu rumahnya. Kalau itu yang berlaku, akan payah jadinya. Baru hendak melayan perasaannya, kali ini terdengar pula ketukan di pintu rumahnya. Hanya beberapa ketukan. Kemudian suasana senyap kembali. Ameera Syuhadah terkedu. Baru dia tersedar yang ketukan itu adalah isyarat untuknya. Dup dap dup dap. Degupan jantungnya semakin kuat berbunyi, terasa bagaikan menampar-nampar gegendang telinganya. ‘Siapakah dia, bagaimanakah agaknya rupanya?’ Hati Ameera Syuhadah tertanya-tanya. Dia melangkah masuk ke dalam bilik. Dipastikan dirinya lebih kemas sebelum menemui tetamu yang baru hendak dikenalinya itu. Dia telah menukar pakaiannya dari T-Shirt berlengan pendek kepada T-Shirt yang longgar dan berlengan panjang. Kainnya pula tidak ditukar. Dia masih berkain batik, tapi dipastikan terlebih dahulu yang ikatannya itu lebih kemas. Malu nanti jika kain itu terlondeh di hadapan sesiapa juga orang yang akan ditemuinya itu nanti. Pasti akan heboh satu Miami dengan adegan yang tidak ingin dilihat itu. Setelah tudungnya dipakai, dia melangkah menuju ke pintu. Sebaik pintu dibuka, dia mengintai keluar. Ingin memastikan sama ada Hamd dan Lynd ada di sekitar kawasan itu. Apabila semuanya dalam keadaan yang memuaskan hatinya, barulah Ameera Syuhadah melangkah keluar dan menuju ke arah tangga. Sebaik pintu ke tangga di buka, Ameera Syuhadah terkedu. Seorang lelaki dengan raut muka yang paling serius sedang merenungnya. Tubuh Ameera Syuhadah ditatap dari atas ke bawah dan ke atas kembali beberapa kali. Seolah-olah dia sedang menilai siapa diri Ameera Syuhadah yang sebenarnya. Mungkin juga dia sedang cuba untuk menimbulkan perasaan gerun di hatinya. Ameera Syuhadah akui, lelaki itu berjaya dalam misinya yang satu ini jika benar itu adalah objektifnya. Walaupun hatinya terasa kecut dengan situasi yang sedang dihadapinya itu, Ameera Syuhadah tetap cuba berlagak berani. Dia membalas renungan itu dengan pandangan yang juga tajam. Diamati paras wajah lelaki yang sedang ditatapnya. ‘Hem, kacak juga orangnya,’ getus hati kecil Ameera Syuhadah. Dia sukakan penampilan lelaki itu. Gayanya kemas walau dengan rambut yang mencecah ke bahu. Santai berpakaian serba hitam. Persis gaya Richard Dean Anderson dalam MacGyver. ‘Hm, macam lanun pun ada, rugged pun ada,’ desis hati Ameera Syuhadah. Dia sedar, entah kenapa hatinya sudah terpaut kepada lelaki itu. Cepat-cepat cuba ditepis perasaannya itu ke tepi. “Awak ni adik Franz ke?” Tanya Ameera Syuhadah dengan sinis walau hatinya berdetik mengatakan bahawa dia sedang berhadapan dengan diri Franz sendiri. “Yup. My brother asked me to pick up something from you. Where is it?” Tanya lelaki itu dengan nada yang tegang, seolah-olah sedang menahan perasaan geram. Rahangnya pula bagai sedang diketapkan. ‘Amboi, speaking. Tak reti nak beri salam.’ Ngomel Ameera Syuhadah dalam hatinya. Mungkinkah dia marah atau bengang? Tanya Ameera Syuhadah pula kepada dirinya sendiri. Mungkin benar ini adik Franz dan dia sebenarnya tidak mahu datang ke sini dan berjumpa dengannya. Mungkin juga dia tidak suka Ameera Syuhadah berkawan dan berhubungan dengan abangnya. Kemungkinan demi kemungkinan yang bermain di kepalanya tidak Ameera Syuhadah nafikan. Semua kemungkinan itu tetap ada. “Hai, tak reti nak berbahasa Melayu ke?” Sindir Ameera Syuhadah selamba. “What?” Dahi lelaki itu sudah berkerut. Rahangnya semakin kejap. Mungkin dia cuba untuk menakutkan Ameera Syuhadah. Ataupun mungkin juga dia cuba hendak menahan tawa. Ameera Syuhadah tidak pasti yang mana satu yang sedang cuba dilakukan oleh lelaki yang kacak itu. “Tak apalah.” Jawab Ameera Syuhadah ringkas. Malas dia hendak melayan lagi. “Nah, ini untuk Franz.” Ameera Syuhadah menghulurkan bungkusan di tangannya. “What’s this? I thought I am supposed to get a piece of paper, or an envelope from you?” Tanya lelaki itu dengan muka yang berkerut. “Saya tahu, benda tu ada kat dalam bekas plastik ni. Pada masa yang sama, saya juga ada sedikit buah tangan untuk Franz, tapi awak juga jangan segan nak menjamah apa yang ada kat dalam tu.” Semakin berkerut dahi lelaki itu. Matanya tajam memandang ke dalam beg plastik di tangannya. “Jangan takut. Makanan tu tak makan orang, tapi awak yang sepatutnya makan makanan tu.” Seloroh Ameera Syuhadah selamba. “Oh ye, nanti jangan lupa pulangkan kembali bekas makanan saya tu.” “When?” Tanya lelaki itu lagi dengan senyum sinisnya. Semakin bertambah menarik pada pandangan mata Ameera Syuhadah. “Whenever. Asalkan awak tak buat pekasam untuk masa yang lama, sudah cukup bagi saya.” “Okay. I’ll give this to my brother then.” “Fine. Assalamualaikum.” Balas Ameera Syuhadah sambil berlalu pergi. Lelaki itu pula telah pun melangkah pantas meninggalkan ruang itu dan menuruni anak tangga. Beberapa jam telah berlalu sejak Ameera Syuhadah bertemu dengan adik Franz. Hamd dan juga Lynd telah pun pulang dari rumah jiran mereka dan keduanya sedang menonton TV di ruang tamu. Ameera Syuhadah pula masih menunggu panggilan dari Franz. Ingin diketahui apa kesimpulan yang telah dibuat oleh kawan barunya itu. Tapi nampaknya dia hampa dalam penantiannya. Sekilas dipandang ke arah jam di dinding, telah hampir jam 12 tengah malam. ‘Mungkin Franz tak akan telefon malam ini. Baik kau tidur aje Ameera Syuhadah, daripada menunggu buah yang tak pasti bila gugurnya,’ nasihat Ameera Syuhadah kepada dirinya sendiri. Dia bangkit dari duduknya dan menuju ke bilik tidur. Penyaman udara yang telah ditetapkan pada 250C terasa begitu selesa. Baru hendak menutupi tubuhnya dengan comforter yang telah di bentang, telefon di sisinya berbunyi. Dibiarkan sahaja salah seorang dari kedua gadis di luar bilik untuk menjawabnya. Mungkin itu panggilan untuk mereka. Jarang sekali ada panggilan untuknya pada waktu-waktu begini. “Kak Ameera, panggilan untuk akak!” Terdengar laungan Hamd dari luar bilik. Dengan pantas, Ameera Syuhadah mengangkat gagang telefon di sisinya. “Okey Hamd, akak dah angkat!” laungnya sebagai memberitahu Hamd supaya meletakkan gagang telefon yang berada di luar bilik. Setelah gagang di luar diletakkan, barulah Ameera Syuhadah bersuara. “Assalamualaikum.” “Waalaikumussalam.” Jawapan lembut dari seorang lelaki yang tidak disangka menyapa gegendang telinganya. “Hm, apa khabar?” “Alhamdulillah, baik. Awak sihat?” Kedengaran suara riang Eddy Arif menjawab pertanyaan Ameera Syuhadah. “Saya di sini pun alhamdulillah sihat.” “Saya dah terima kad yang awak kirimkan tu.” Beritahu Eddy Arif tentang kad yang telah diterimanya pagi itu. “Amacam, hensem tak mamat sekor tu?” Tanya Ameera Syuhadah tentang gambar Orang Utan sedang mendabik dada yang menghiasi muka depan kad tersebut. “Hensem, walaupun dengan bulu hitamnya yang lebat dan hidungnya yang besar tu.” “Itulah yang dikatakan hitam-hitam si tampuk manggis, walaupun hitam dipandang manis...” Eddy Arif tergelak kecil, tahu apa yang dimaksudkan oleh gadis itu. “Dah tidur ke?” Tanyanya seketika kemudian dengan suaranya yang romantis, yang pasti boleh mencairkan hati seorang perempuan. “Baru nak masuk tidur, tapi bila awak dah telefon ni, takkanlah saya nak teruskan niat saya tu. Dah lunch ke belum?” Ameera Syuhadah bangkit dan duduk menyandar di tepi katil. Separuh dari tubuhnya masih ditutupi oleh comforter. “Belum lagi. Saya ada di Restoran Patani sekarang ni, nak lunch dengan customer, tapi dia pulak masih belum muncul lagi.” “Restoran Patani? Wa.. rindu betullah pada masakan di situ. Kecur pula saya bila dengar yang awak nak menjamu selera di situ.” Seloroh Ameera Syuhadah dengan gembira. Dia memang suka pergi makan di restoran itu bila berkesempatan. Masakannya memang enak dan sedap. “Macam nilah Ameera. Sekejap lagi saya akan makan, dan awak pulak akan masuk tidur, jadi bolehlah awak mimpikan yang kita konon-kononnya sedang makan bersama. Macam mana?” “Amboi, saya kena bermimpilah ni ye?” “Betul.” “Hai, nampaknya perut orang tu yang kenyang tapi perut saya jugak yang masuk angin.” Seloroh Ameera Syuhadah kembali. “Awak anggap sahaja yang kita sedang makan angin.” Balas Eddy Arif sekali lagi sambil tertawa kecil. “Hm, saya kena bayangkan wajah awak dalam mimpi sayalah ni, ye?” “Okey apa, boleh hilang rindu awak pada saya.” “Eh, awak pasti ke yang saya rindukan awak?” Soal Ameera Syuhadah dengan perlahan, sengaja mahu dilihat apa reaksi Eddy Arif dengan usikannya. “Saya pasti.” “Kenapa begitu pasti?” “Sebab saya rindukan awak?” “Betul ke awak rindukan saya?” Tanya Ameera Syuhadah masih mahu menduga. “Betul. Saya selalu teringatkan awak. Masa makan kejap lagipun, mesti saya akan ingatkan awak, seolah-olah awak yang berada di depan saya.” “Pelanggan awak tu lelaki ke perempuan?” “Lelaki. Kenapa?” “Cuba bayangkan wajah pelanggan awak tu bertudung dan memakai baju kurung saya. Pasti ada yang kureng, kan?” Ketawa Eddy Arif meledak keluar. Terasa lucu dengan usikan Ameera Syuhadah yang agak keterlaluan. Takut juga dia hendak membayangkan penampilan Shafiq, pelanggannya yang bermisai tebal itu memakai tudung dan berbaju kurung. Pasti akan ada yang mengatakan bahawa lelaki itu telah hilang akalnya. “Okeylah Eddy, saya betul-betul dah mengantuk ni. Esok ada kelas pagi, and I need my beauty sleep.” Akhirnya Ameera Syuhadah mencelah ketawa lelaki itu kerana dia terasa malas mahu berbual lama. “Baiklah, nanti bila saya berkesempatan, saya akan telefon lagi, cuma saya akan pastikan yang saya akan telefon lebih awal daripada waktu ini.” “Baiklah. Thanks for calling.” Ameera Syuhadah terus meletakkan gagang telefon. Entah kenapa, kali ini hatinya tidak segembira selalu. Selalunya hatinya pasti akan gembira sebaik menerima panggilan dari Eddy Arif. Entah kenapa malam ini lain pula jadinya. Mungkin juga kerana dia sebenarnya mengharapkan yang panggilan tadi itu datangnya dari Franz, bukannya Eddy Arif. Ameera Syuhadah melemparkan keluhan ringan. Cuba dilontarkan perasaan gundahnya ke tepi. Sekarang bukan masanya untuk memikirkan tentang itu. Dia perlu tidur. Esok dia ada kelas yang perlu dihadiri. Ameera Syuhadah melelapkan matanya. Cuba dibawa wajah Eddy Arif ke dalam mimpinya. Namun entah mengapa, wajah adik Franz pula yang menghiasi mimpi-nya malam itu.

Saturday, February 19, 2011

SSR10

Setengah jam telah berlalu semenjak Ameera Syuhadah dihantar pulang oleh Zack pada malam itu. Dia baru sahaja hendak menonton siaran di kaca televisyen tatkala keheningan malam di rumah itu dikejutkan oleh bunyi deringan telefon. Rasa malas untuk menjawab panggilan itu lalu dibiarkan sahaja Hamd menyambut panggilan itu dari sambungan di dalam bilik. Mungkin juga itu panggilan untuk Hamd ataupun Lynd.
“Kak Meera, call untuk akak!” Laung Hamd dari dalam bilik.
Mungkin itu panggilan dari Eddy Arif. Hanya dia yang mungkin akan menelefonnya di waktu begini. Hanya dia yang tidak diberitahu oleh Ameera Syuhadah untuk tidak menelefonnya di waktu begini. Terasa malas, Ameera Syuhadah bangun juga untuk menjawab panggilan itu. Diangkatnya gagang dan dia melaung kembali kepada Hamd yang sedang belajar di dalam biliknya itu.
“Okey Hamd, akak dah angkat…!” Ameera Syuhadah menunggu seketika sementara Hamd meletakkan kembali gagang di dalam bilik.
“Helo…” Ucap Ameera Syuhadah dengan sedikit berlagu. Nadanya perlahan, agar tidak mengganggu mereka yang sedang study di dalam.
“Hi…” Kedengaran suara lelaki menyambut ucapan Ameera Syuhadah.
“Hm, ingatkan siapalah yang call saya malam-malam buta begini…” Tegur Ameera Syuhadah selamba.
‘Ops..nasib baik tak sebut nama mamat yang sorang lagi tu…’ getus hatinya kecilnya pula.
“Tak boleh ke?”
“Bukan tak boleh, tapi sedikit mengganggu saya yang baru sahaja nak merehatkan badan dan otak ni.”
“Tapi nasib baik ada orang sudi nak hantar awak balik, jadi saya pasti awak taklah letih sangat, kan?”
“Terima kasihlah atas kesudian orang tu. Tak sangka, dalam kelentongnya tu, masih ada baiknya…” Selamba Ameera Syuhadah menyindir sambil mengucapkan terima kasih di atas kesudian Zack menghantarnya sebentar tadi.
“Awak masih marahkan saya ke?”
“Nope. Should I?” Ameera Syuhadah melontarkan kembali pertanyaan itu kepada Zack.
Zack sudah tertawa kecil. “No, you shouldn’t.”
“And why shouldn’t I?” soal Ameera Syuhadah kembali.
Tawa Zack sudah terhenti. “Can’t you take that as a joke?” Suara Zack kedengaran gelisah. Merayukan simpati dari Ameera Syuhadah, memohon sebuah ketulusan dan kemaafan.
“Nope.”
“Saya ingatkan awak ni jenis yang ceria, yang boleh bergurau. Rupanya tidak juga… Kalau macam tu, saya takkan buat lagi. And for now, saya amat berharap awak akan maafkan saya.”
“Okey.”
“Okey apa?” Zack bagaikan tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya.
“Okeylah, saya maafkan awak.”
“Betul?”
“Kenapa? Tak percaya?”
“Tak, eh ye. Terima kasih.” Suara Zack kembali kedengaran gembira dengan kemaafan yang dihulurkan oleh Ameera Syuhadah kepadanya.
“Dah makan?” Tanya Ameera Syuhadah menyambung perbualan mereka.
“Dah. Awak pula?”
“Alhamdulillah. Saya baru lepas makan sekejap tadi.”
“Siapa masak?”
“Imah.”
“Siapa dia?”
“Jiran yang sederet dengan apartmen kami ni. Penghuni rumah No 26. Dia tengah buat PhD. Major dalam Kimia. Scholar Petronas.”
“Sedap ke masakan dia?”
“Delicious. Sedapnya sehingga menjilat jari…” Balas Ameera Syuhadah dengan menggayakan iklan KFC yang selalu terpapar di kaca televisyen di Malaysia.
Zack ketawa. Mungkin ada sesuatu yang menggelikan hatinya.
“Kenapa awak ketawa? Ada sesuatu yang melucukan ke?” Ameera Syuhadah melontarkan soalan untuk mengetahui maksud di sebalik ketawa yang dihamburkan oleh Zack sebentar tadi.
“Taklah, tadi tu macam nak promosi Imah pada saya aje. Nampak macam dia tu ada potensi untuk menjadi isteri yang baik. Ada pelajaran, pandai memasak. Cantik ke?”
“Awak tak pernah kenal dia?” Tanya Ameera Syuhadah kembali.
“Tak pasti. Saya ni jarang berkesempatan untuk mengenali pelajar-pelajar Malaysia yang ada di sini sebab saya agak sibuk dengan kerja saya. Pelajar lelaki tu senang sikit nak kenal sebab mereka sering berkumpul di rumah pelajar-pelajar lelaki yang menjadi jiran saya...” Zack menerangkan duduk perkara yang sebenarnya.
“What’s your real name?” Tiba-tiba Ameera Syuhadah bertanya.
Suasana senyap seketika. “Perlu ke awak tahu?”
“Awak anggap saya ni kawan awak ke?”
“Ada trik ke pada soalan ni?”
“Tak ada, tapi awak jawab ajelah soalan saya tu dulu.” Desak Ameera Syuhadah tanpa kompromi.
“Tapi apa ada pada nama?” Zack masih cuba mahu mengelak.
“Nama sedikit sebanyak mencerminkan watak dan peribadi seseorang. Nama mengenalkan kita pada seseorang. Dan saya ingin mengenali siapa kawan saya sebenarnya.”
“Zack atau Franz kan nama juga.”
“Memanglah Zack atau Franz itu juga satu nama. Tapi saya pasti awak punya nama yang lebih bermakna. Awak seorang Islam dan seorang Melayu. Pastinya ada yang unik di situ.”
“Kalau saya tak nak beritahu?”
“Mahal sangatkah harga nama awak tu?”
“Yap.”
“Lebih mahal dari harga sebuah persahabatan?”
Zack diam. Mungkin dia sedang berfikir.
Ameera Syuhadah masih setia menanti. Kemudian dia menambah lagi. “Dalam sebuah persahabatan, sepatutnya ada sebuah kejujuran.”
“Baiklah. Apa yang awak nak tahu tentang saya?”
Ameera Syuhadah mengulum senyum. Peluang telah diberikan oleh Zack untuk dia bertanya beberapa soalan tentang diri lelaki itu.
“Let’s start with your name.”
“Aimir Zafran.”
“Hm, sedap pun nama awak. Wangi dan mahal tu…”
Aimir Zafran sudah terkekek-kekek ketawa. Dia sedar yang Ameera Syuhadah sedang menyamakan namanya dengan herba Za’faran yang mahalnya mencecah puluhan ribuan ringgit sekilogram.
“Oh ye, saya tak mahu panggil awak Franz, nama yang awak terbalikkan daripada Zafran tu, atau pun Zack. Saya nak panggil awak Aimir sahaja. Boleh?”
“Kenapa?”
“Makna Aimir tu kan Putera Raja. Alangkah bahagia-nya saya kerana sedang berkenalan dengan seorang putera raja. And you will be my Prince Charming while I am here in Miami, boleh?”
“Boleh, tak ada masalah. Dan awak pula akan menjadi Princess Charming saya...” Balas Aimir Zafran sambil ketawa kecil. Dia juga turut teruja kerana kini dia punya teman untuk bercerita.
“Sebab nama saya adalah Ameera...”
“Bet..tul...”
“Hm, Aimir, Ameera. Macam ada jodoh pulak....” gurau Ameera Syuhadah.
“Amin...” balas Aimir Zafran selamba dan disambut dengan gelak ketawa oleh mereka berdua.
“Okey, satu lagi soalan saya. Apa yang awak buat di bumi Miami ni?” Akhirnya Ameera Syuhadah kembali bertanya setelah gelak mereka reda.
“Bekerja.” Ringkas sahaja lelaki itu menjawab.
“Sebagai?” Ringkas juga soalan yang diajukan Ameera Syuhadah di dalam meminta penjelasan selanjutnya dari Aimir Zafran.
“Seorang architect. Saya bekerja di Chad, Cooper and Associates Architecture, sebuah architecture firm.” jawab Aimir Zafran dengan perasaan sedikit bangga dengan pencapaiannya di bumi asing itu.
“Wow, an architect. Terlalu jauh bezanya daripada seorang agen NSA, tapi it’s still a very impressive job.” Ameera Syuhadah memuji di sebalik sindirannya terhadap Aimir Zafran yang telah membohonginya dahulu.
Meledak lagi ketawa Aimir Zafran bila disindir begitu. Memang gadis ini sinis orangnya. Telah beberapa kali dia terkena. Tapi itulah yang menjadikan hatinya semakin tertarik dengan gadis itu. “I will take that as a compliment. Thank you.”
“Dah banyak ke bangunan yang awak dah design semenjak kerja di sini?” Tanya Ameera Syuhadah lagi. Memang dia ingin tahu segala maklumat yang ada pada lelaki ini.
“Banyak juga. Ada projek kecil dan ada juga beberapa projek yang besar yang telah diserahkan kepada saya.”
“Seronok ke bekerja sebagai arkitek ni, Mir?”
“Bagi saya memang menyeronokkan. Memang sudah minat saya. Saya melakukan apa yang saya suka sekarang ni.”
“Setahu saya, bekerja sebagai arkitek ni selalu sibuk.”
“Memanglah sibuk, terutamanya bila sedang mengendalikan satu-satu projek. Tapi pada masa yang sama, bila satu-satu projek dah selesai, pastinya saya akan luangkan masa untuk bersosial.”
“Awak tinggal sendiri ke?”
“Yup.” Terdetik juga di hati Aimir Zafran kiranya soalan itu ada muslihat yang tertentu. Tapi sangkaannya itu meleset sama sekali.
“Bila tinggal bersendirian ni, mesti rasa sunyi, kan? Tapi bila difikirkan semula, bila berkawan ni, mesti kita terpaksa menumpukan sebahagian daripada masa yang ada itu untuk kawan-kawan kita. Mereka ni memang memerlukan perhatian dan juga masa kita.” Ngomel Ameera Syuhadah pula.
“Kedengarannya seperti satu falsafah tu,” tegur Aimir Zafran sambil tersenyum sendiri.
“Bukan macam tu. Tapi, awak tak rasa ke yang kadang-kadang tu, awak juga memerlukan masa untuk diri awak sendiri. Bila bersendirian, kita boleh lakukan apa yang kita mahu. Kita tak perlu fikirkan sama ada kawan kita akan berkecil hati ataupun tidak. Awak tak pernah ke terfikir macam tu?”
“Memang betul tu, Ameera. Dalam bidang kerja saya ni, saya memang memerlukan masa untuk mencari idea dan reka bentuk yang sesuai yang menepati kehendak pelanggan dan juga projek secara keseluruhan.”
“Ramai ke kawan-kawan awak yang selalu meng-ganggu awak?”
“Ala, kalau tengah sibuk tu, buat tak tahu ajelah. Tu sebab saya tak pakai handphone. Untuk telefon di rumah pula, saya selalu pasang answering machine dan buat tak endah aje bila loceng rumah saya tu berbunyi.”
“Cara paling pantas untuk kehilangan kawan-kawan.”
“Well, you have to live your life the way you want to live it, not for other people.”
Tercetus ketawa dari bibir mungil Ameera Syuhadah. “Sekarang siapa pula yang berfalsafah?” Dia menyindir.
Giliran Aimir Zafran yang tercetus tawanya. Memang dia rasa seronok berbual dengan gadis ini.
“Okeylah Mir. Malam semakin larut. I need my sleep. Kalau tak, esok akan ada masalah pula nak bekerja dan belajar. So, until next time…. Assalamualaikum.”
Ameera Syuhadah mengucapkan salam sebelum meletakkan gagang telefon tanpa menunggu Aimir Zafran menjawab salamnya. Dia tahu, dia perlu melakukannya kerana sekiranya dibiarkan, pasti lelaki itu akan berceloteh dengan lebih panjang. Malam ini dia tidak dapat melayan lelaki itu dengan lebih lama kerana banyak tugasan yang perlu diselesaikannya.

SSR9

Waktu telah menjangkau pukul 9:30 malam. Kelas malam itu telah habis seperti biasa, tapi Ameera Syuhadah masih lagi berada di kampus. Dia telah berjanji untuk bertemu dengan Franz pada malam itu. Di saat ini, dia semakin resah menanti. Debaran terasa begitu kuat. Entah kenapa dia tidak dapat hendak menenangkan dirinya.
Walaupun hatinya begitu kuat mengatakan bahawa lelaki yang akan ditemuinya malam itu adalah orang yang sama yang telah dua kali ditemui di tangga rumahnya, namun hatinya juga tidak dapat mengelak dari memberi-tahunya yang Franz mungkin juga adalah seorang yang berbeza, seorang yang cacat dari segi fizikalnya.
Selepas kelasnya berakhir tadi, dia pantas menuju ke Whitten University Center, di tempat yang telah mereka janjikan dua malam yang lepas. Agak lama juga dia menjadi pak pacak di situ, namun kelibat lelaki Melayu tidak juga muncul-muncul. Sebenarnya Ameera Syuhadah takut juga sekiranya ada pelajar Melayu lain di situ. Takut mereka mengetahui tentang pertemuan itu.
‘Hish, mana pulak mamat ni. Takkan nak tunggu lama lagi. Sampai bila? Malam dah semakin lewat ni. Nanti aku juga yang susah kalau berterusan begini.’ Gerutu Ameera Syuhadah di dalam hati. Dia tidak mahu Hamd dan Lynd di rumah akan risaukan dirinya yang pulang lewat. Dia memang jarang pulang lewat kerana dia bukannya jenis yang suka duduk di perpustakaan. Dia lebih selesa belajar di rumah sahaja. Perpustakaan hanya akan dijejaki hanya sekiranya dia memerlukan bahan rujukan. Segala bahan itu pula akan difotostatnya dan dibawa pulang ke rumah.
‘Eii...nak tunggu lagi ke tidak ni? Atau baik aku balik aje...’ Ameera Syuhadah berterusan mengomel sendirian untuk menenangkan hatinya yang gundah. Telah agak lama dia di situ dan dia tidak mahu menunggu lebih lama.
Akhirnya Ameera Syuhadah mengambil keputusan untuk pulang sahaja. Dia mula membuka langkah untuk meninggalkan perkarangan bangunan itu. Namun beberapa saat kemudian, dilihat kelibat adik Franz berjalan pantas menuju ke arahnya.
Ameera Syuhadah menghentikan langkah. Sebaik sahaja lelaki itu berada di sisinya, terus di renung wajah Zack yang kelihatan begitu serius. Melihatkan lelaki itu berseorangan, dia mula membenarkan telahannya.
Tanpa bicara Ameera Syuhadah mengangkatkan sedikit kepalanya ke arah Zack. “Mana? Where is he?” Dia bertanya lembut, tapi terlalu perlahan nada yang keluar dari bibirnya itu. Bagaikan satu bisikan, namun lelaki itu bagaikan mengerti dan dapat menangkap apa yang Ameera Syuhadah cuba nyatakan.
Dia tersenyum, namun senyumannya penuh makna. Ditunjukkan pula tangannya ke satu arah.
Ameera Syuhadah mengalih pandangannya ke sudut yang dimaksudkan. Namun agak gelap di situ. Entah apa yang perlu di lihatnya di situ, dia sendiri tidak pasti. Mungkin juga untuk melihat seorang lelaki yang berkerusi roda. Ameera Syuhadah mengecilkan sedikit matanya, untuk menajamkan lagi penglihatannya. Namun masih tiada apa-apa di situ.
Tiba-tiba….
“I am here. Right beside you.” Ada nada lucu di situ.
Ameera Syuhadah terkesima. ‘Hish, aku benar-benar terkena kali ini.’ Hatinya bungkam. Dia kaku di tempatnya berdiri. Tapi tidak lama. Spontan tangannya menyiku kuat ke arah Franz. Lelaki itu tidak sempat mengelak. Terkena perutnya.
Ameera Syuhadah memusingkan badan. Dikalihkan pandangannya ke arah lelaki yang sedang membongkok menahan kesakitan dengan muka yang menyeringai. Dia cuba untuk tidak mempedulikan keadaan lelaki itu. Dibeliakkan mata dan diketapkan bibirnya, tanda geram dengan pembohongan yang telah dilakukan oleh Franz ke atasnya. Pada masa yang sama, dia juga cuba untuk menahan ketawanya dari meledak keluar pada ketika itu juga.
“Zack atau Franz?” Jerkah Ameera Syuhadah dengan wajah serius walaupun tawanya bagaikan mahu terburai.
“Zack. Tapi pada awak, saya adalah Franz.” Jawab lelaki itu perlahan. Badannya masih lagi terbongkok.
“You set me up!” Rengus Ameera Syuhadah lagi.
Wajah seringai Zack terus berubah. Dia kembali bermuka selamba. Badannya kembali tegak. Tangannya masih lagi menggosok perutnya yang mungkin masih kesakitan. Dia kemudiannya mengubah caranya. Riak wajahnya kini bertukar. Ada sinar yang terpancar dari anak matanya. Dia mengulum senyum dan kemudian menghadiahkan sebutir senyuman sehingga menampakkan kedua lesung pipit yang menghiasi kiri dan kanan ppinya. Sebutir senyuman yang begitu menggoda.
Ameera Syuhadah pasti itu adalah caranya untuk lelaki itu memohon kemaafan daripadanya. Dia sudah tidak betah menahan ketawa. Jika berterusan begitu, dia pasti gagal. Lantas dia berpusing dan berjalan pantas meninggalkan lelaki itu tanpa mahu menunggu lebih lama. Senyum sudah terlepas dari bibirnya, dia tidak mahu ketawanya akan turut terburai sama.
Zack kaget dengan tindak balas Ameera Syuhadah yang tidak disangkanya itu. Dia terpaksa mengejar gadis itu dari belakang. Selang beberapa saat, dia kembali dapat menyamakan langkahnya dengan langkah Ameera Syuhadah. Akhirnya dia mematikan langkahnya dan mencapai untuk menarik lengan gadis itu.
Ameera Syuhadah terkedu. Langkahnya mati di situ. Sudah menjadi kepantangannya bila dia disentuh oleh seorang lelaki. Direnung muka Zack dengan tajam. Kemudian di kalih pula renungan tajamnya ke tangan Zack yang sedang erat memegang lengannya itu.
Baru Zack tersedar yang tindakannya telah mengun-dang kemarahan dari gadis itu. Lantas dilepaskan lengan gadis itu dengan pantas. “I’m sorry!” Rayunya perlahan.
Ameera Syuhadah pura-pura tidak mendengar. Dengan muka yang masam, dia berpaling dan kembali menyambung langkahnya yang terhenti. Zack bertindak mengekorinya dari belakang.
“Boleh saya hantar awak balik?” Zack menawarkan pula beberapa saat kemudian di dalam cubaannya untuk mendapatkan kembali perhatian gadis di hadapannya itu.
Ameera Syuhadah mematikan langkahnya. “Awak ada kereta?”
Zack menganggukkan kepalanya.
“Mana?” Tanya Ameera Syuhadah selamba.
Diunjukkan ke arah medan kereta yang berada tidak jauh dari situ tanpa mengalihkan pandangan dari mata gadis itu. “Saya hantar awak balik?” Sekali lagi dia menawarkan.
Ameera Syuhadah menganggukkan kepalanya. Bodohlah dia untuk menolak pelawaannya. Malam kini semakin larut dan entah kenapa, ketika itu tiada keraguan di hatinya untuk membenarkan lelaki itu menghantarnya pulang.
Zack tersenyum senang dengan penerimaan Ameera Syuhadah. Lantas dia membuka langkah menuju ke keretanya. Sebaik tiba di keretanya, pintu penumpang pun dibuka.
‘Hem, kereta Honda Civic model terbaru menjadi pilihannya,’ getus suara hati Ameera Syuhadah.
“Amboi, gentlemannya awak ni?” Ameera Syuhadah menyindir akan tindak tanduk pemuda itu.
Zack tidak menjawab. Sebaliknya dia tersengih bagaikan kerang busuk sementara menantikan Ameera Syuhadah memboloskan dirinya ke dalam perut kereta.
“Marah lagi ke?” Tanya Zack sekali lagi sambil memandu perlahan menuju ke arah Santona Street.
Ameera Syuhadah menjongketkan bahu. Malas dia menjawab soalan lelaki itu. Pandangannya pula dilontarkan ke luar tingkap kereta. ‘Biar dia bengang dengan reaksi aku ini. Tapi lantaklah, siapa suruh dia mengenakan aku begini,’ getus hati Ameera Syuhadah.
‘Walaupun aku telah dapat menekanya terlebih awal, tapi sakit jugak hati aku ni kerana dia sanggup buat macam ni pada aku. Dan sebagai balasan, aku nak dera perasaannya. Biar dia tahu perasaan orang yang cuba ditipunya ini,’ omel hati kecil Ameera Syuhadah lagi.
“Ameera, awak dengar tak? Are you listening? Am I talking to a deaf now?” Suara Zack kedengaran sedikit membentak. Mungkin kemarahan sudah mula bertandang di hatinya.
Namun begitu, Ameera Syuhadah masih bersikap acuh tak acuh. Suasana semakin hening dan sunyi.
“Hei, Meera. I am really sorry. Forgive me, boleh tak?” suara Zack mula bertukar rentak.
Ameera Syuhadah menoleh dan memandang muka lelaki di sebelahnya tanpa secalit pun perasaan. Dia masih membisu tanpa kata.
‘Kiranya bolehlah kalau aku nak jadi pelakon tambahan kat dalam mana-mana drama atau filem yang mahukan artis tempelan untuk meramaikan watak,’ getus hati kecil Ameera Syuhadah lagi.


Akhirnya pemanduan Zack sampai ke penghujungnya. Dia memberhentikan keretanya di medan letak kereta kawasan Santona Apartment, betul-betul berhadapan dengan apartmen gadis itu. Sebaik dia memberhentikan keretanya, pantas Ameera Syuhadah membuka pintu kereta dan melangkah keluar. Dilemparkan pandangannya ke arah lelaki yang masih tampak serba salah itu. Ditatap lama wajah yang nampak kegelisahan dengan tindak tanduk yang telah Ameera Syuhadah tontonkan kepadanya.
‘Eii... kesian pulak aku tengok muka monyok mamat ni,’ Ameera Syuhadah mengomel lagi.
Akhirnya dia mengambil keputusan. Dengan selamba, Ameera Syuhadah melemparkan senyumannya yang paling manis kepada lelaki itu.
Zack terpempan dengan tindakan spontan Ameera Syuhadah. Hampir tidak percaya dengan penglihatannya kala itu. Wajah yang beberapa kali dilihatnya serius itu jelas berubah. Berseri dan manis, memukau pandangan matanya. Bagaikan terkena tarikan magnet, jantungnya mula berdegup kencang. Dap dup dap dup. Terasa aliran darah mengalir laju ke segenap salur darahnya. Dia keliru. Dan dia terus memerhati langkah yang di ambil oleh gadis itu sehingga dia mendekati anak tangga untuk menapak naik ke rumahnya.Di pintu masuk, Ameera Syuhadah pasti yang Zack masih lagi memandang ke arahnya. Namun, di dalam kegelapan malam yang cuma diterangi oleh lampu jalan yang agak malap, dia tidak dapat mengagak, apakah riak di wajah lelaki itu. Dia melambaikan tangannya ke arah Zack. Sekali lagi dilemparkan sebutir senyuman sebelum menutup daun pintu.

SSR8

Seperti dua malam yang lepas, sekali lagi Ameera Syuhadah menunggu dalam debaran. Entah kenapa, dia begitu teruja untuk menemui Zack yang dikatakan sebagai adik Franz itu. Namun begitu, kali ini dia lebih tenang kerana Hamd dan Lynd telah keluar ke perpustakaan kampus. Selalunya mereka akan pulang menjelang 11 malam.
Sebaik terdengar bunyi ketukan di pintu rumahnya, Ameera Syuhadah yang telah siap berpakaian, bergegas menuju ke muka pintu. Dibuka dengan hati yang berdebar.
Sebaik pintu di buka, kelibat Zack telah hilang dari pandangannya. Dibiarkan pintu rumahnya terbuka dan dia melangkah keluar dengan segera.
“Tunggu!” Pinta Ameera Syuhadah sebelum kelibat Zack sekali lagi hilang di sebalik daun pintu keluar menuju ke tangga. “Di sini aje.” Dia memberitahu.
Langkah lelaki itu terhenti dan dia berpaling menghadap Ameera Syuhadah. Sinaran lampu kaliman-tang yang lebih terang dari dua malam yang lepas membasahi wajah lelaki itu. Ameera Syuhadah merenung wajah itu seketika. Masih serius seperti dulu. Kemudian di kalih pula pandangannya ke bawah, ke tangan yang sedang memegang bungkusan. Pasti bungkusan itu untuknya.
Ameera Syuhadah melontarkan kembali pandangan matanya ke arah muka Zack. Lelaki itu masih lagi merenungnya. Mulutnya juga masih terkunci. Suasana hening mula menyelubungi. Ameera Syuhadah mula rasa tidak sedap hati.
“Err, awak sebenarnya nak serahkan bungkusan itu kepada saya, kan?”
Zack senyap tidak menjawab. Cuma kening sebelah kanannya yang terangkat. Senyuman sinis mula bertaut di bibirnya.
‘Hish, apa kenanya pulak dengan mamat sorang ni?’ Getus Ameera Syuhadah dalam hati. Dia mula bengang dengan situasi yang sedang dihadapinya itu.
“Fine. You can keep bekas tu. Franz can return it to me later. I am going in,” selamba Ameera Syuhadah mengugut. Serentak dia berpaling, berpura-pura hendak meninggalkan tempat itu. Lagipun dia tidak betah berdiri lama di situ. Takut Imah dan Yus pula yang lalu.
“Wait.” Akhirnya lelaki itu bersuara. Ameera Syuhadah memalingkan badannya semula menghadap Zack. Dengan muka cemberut, dia menantikan sahaja perkataan yang seterusnya yang akan keluar dari mulut lelaki itu.
“Here. From my brother.” Pemuda itu menghulurkan beg plastik di tangannya kepada Ameera Syuhadah.
Ameera Syuhadah menyambut huluran tersebut. Kemudian, tanpa sepatah perkataan, dia berpusing menuju ke arah rumahnya. Sambil berjalan, dia sempat melihat apa yang ada di dalam beg plastik tersebut. Ada sesuatu yang bukan miliknya di situ.
“Hei, tunggu!” Ameera Syuhadah bergegas mendapat-kan Zack yang telah pun menuruni anak tangga.
Lelaki itu berhenti di tempatnya. Dia memandang ke ke arah Ameera Syuhadah. Dahinya berkerut. Mungkin keliru kenapa perjalanan perlu dihentikan di situ.
“Ini bukan milik saya,” beritahu Ameera Syuhadah kepada lelaki itu sambil menghulurkan sebuah kotak kecil yang berbalut kertas bunga.
“It’s not mine as well. Must be yours, from my brother.”
“Tapi….”
Tangan Zack terangkat ke atas sebagai tanda supaya Ameera Syuhadah tidak menyoalnya lagi.
“Why don’t you ask him about that?” Arahnya sambil meneruskan perjalanannya menuruni anak tangga.
Ameera Syuhadah kelu di situ. Diperhatikan sahaja lelaki itu hilang dari pandangan matanya dalam beberapa saat sahaja. Seolah-olah ada yang sedang dikejarnya.
Akhirnya Ameera Syuhadah menghembuskan nafas. Dia mengeluh.
‘Kehadiran lelaki ini bagaikan badai yang datang melanda, benar-benar mengacau-bilaukan perasaan aku ni,’ omel Ameera Syuhadah di dalam hati. Dia mengaku yang dia semakin tertarik kepada lelaki itu, walaupun dia agak biadab kepadanya.
‘Hei Ameera, you need to be careful here,’ Ameera Syuhadah mengingatkan dirinya. Akhirnya dia berpatah untuk masuk ke rumahnya semula.

Di dalam rumah, Ameera Syuhadah mengeluarkan bekas-bekas makanan yang telah dipulangkan semula oleh Franz kepadanya. Setelah selesai, dia mengalih pandangan matanya ke arah bungkusan yang diterimanya dari Franz. Direnung bungkusan di tangannya. Lama. Mempertikaikan sama ada dia wajar menerima hadiah itu.
‘Ameera Syuhadah, kau terima aje hadiah tu. Takkan kau nak menolak pemberian orang,’ hatinya memberi pertimbangan.
‘Tapi kau tak patut menerimanya. Untuk apa dia memberi? Mungkin dia mempunyai maksud di sebalik pemberiannya?’ Sebahagian hatinya memberikan alasan.
‘Ameera, kau tak pernah meminta, tapi dia yang ikhlas memberi. Kau patut menerimanya. Tak baik kau menolak pemberian Franz. Cuba kau bayangkan pula kalau makanan yang kau beri pada dia hari tu ditolaknya mentah-mentah. Kau tak sakit hati ke?’ Hati Ameera Syuhadah pula mendesaknya.
Memikirkan tentang alasan yang baru ini, Ameera Syuhadah akhirnya akur. Dia mula membuka bungkusan itu dengan cermat. Diamati apa yang ada di dalamnya.
Ameera Syuhadah terkedu. Hadiah yang diterimanya bukan sebuah pemberian yang murah. Pewangi Poison Ungu telah menjadi pilihan Franz. Dibuka penutup botol itu dan disemburkan sedikit ke pergelangan tangannya.
Semerbak keharuman memenuhi ruangan rumah. Dicium pula pergelangan tangannya. Ameera Syuhadah rasa selesa dengan keharuman yang baru dihidunya itu. Walaupun baunya agak kuat, namun ia kaya dengan berbagai emosi.
Ameera Syuhadah kembali menggelengkan kepalanya beberapa kali. Dia pasti dia akan menarik perhatian orang lain kepadanya sekiranya dia menggunakan pewangi itu. Walaupun baru aje mengenakan pewangi itu ke tangan, dia sudah mula berfikiran nakal. Terasa dirinya seksi dan menarik, apatah lagi bila ianya dihadiahkan oleh seorang lelaki.
Ditatapnya sekali lagi kepada botol pewangi itu. Cuba di analisa maksud di sebalik nama yang tertera di situ.
Agaknya Franz mengatakan yang aku ni bagaikan racun. Tapi kepada siapa? Kepada dia ke? Tanya Ameera Syuhadah pada dirinya sendiri.
‘Dahlah tu Ameera, jangan bersoal jawab dengan diri sendiri. Pasti tiada jawapan untuk itu. Kau perlu bertanya kepada insan yang memberikan kau hadiah ini. Barulah kau akan tahu nanti. Mungkin dia tiada maksud di sebalik pemberiannya ini,’ nasihat Ameera Syuhadah kepada dirinya.


Ameera Syuhadah tidak perlu menunggu lama. Tepat setengah jam kemudian Franz menelefonnya.
“Awak ada beri saya hadiah ke?”
“Dah terima?”
Ameera Syuhadah menganggukkan kepala. Seketika kemudian baru dia tersedar yang mereka sedang di talian. “Ada, tapi kenapa?” soalnya pula.
“Untuk kuih raya yang awak berikan hari tu,” jawab Franz.
“Franz, saya tidak mengharapkan sebarang balasan. Saya ikhlas memberinya kepada awak. Bukankah sekarang ni bulan Syawal?” jelas Ameera Syuhadah kepada Franz.
“Dan hadiah itu pula adalah tanda terima kasih saya kepada awak.” Tekan Franz pula.
“Tapi kenapa Poison?”
“Awak agak?”
“Saya ni racun?” Pantas Ameera Syuhadah menjawab, menyuarakan soalan yang sedang bermain di fikirannya.
Meledak ketawa Franz. Dia sudah mengagak yang itulah yang akan disangka oleh gadis itu.
“Kenapa ketawa, Franz?” Tanya Ameera Syuhadah lagi setelah Franz berhenti ketawa.
“Saya dah agak mesti awak akan buat kesimpulan tersebut. Awak nak tahu sebabnya?”
“Mestilah.”
“Menurut promoter tu, the perfume is incredibly evocative, haunting and almost disturbingly erotic. Memorable and a bit naughty. With the right amount, it makes you sexy and beautiful and dangerous too.
Bagi saya pula, awak bukanlah racun tapi sebenarnya kehadiran awak adalah suatu misteri. Kehadiran awak telah memberi impak yang agak besar kepada saya dan kehidupan saya. Kehidupan saya semakin menceriakan. Saya tidak lagi hanya memikirkan tentang kerja tapi kini saya ada sesuatu yang saya nantikan menjelang malam tiba. Awak. Seperti perfume tu juga, saya merasakan yang kehadiran awak, walaupun kita tidak pernah bertemu, seolah-olah menghantui saya. Menggugat ketenangan saya.”
“Sampai begitu sekali?” Ameera Syuhadah mula ragu-ragu. Apakah persahabatan yang dihulurkannya ini akan membawa akibat yang tidak pernah diimpikannya?
“Yup. Mungkin awak tidak mengetahuinya tapi awak benar-benar telah menceriakan hari saya.” Tekan Franz sekali lagi.
“Kalau begitu, alhamdulillah. Saya bersyukur kerana ada juga gunanya saya ni kepada awak,” kata Ameera Syuhadah secara berseloroh. Dia rasa kurang senang kerana dipuji begitu.
Franz ketawa kecil. Dia dapat merasakan yang gadis itu kurang senang bila dipuji. Dia membuat kesimpulan yang gadis yang sering bercerita dengannya ini memang tidak akan tunduk dengan pujian, tidak akan kalah kepada kaki bodek.
“Ameera, awak nak tahu tak apa pandangan adik saya tentang awak?”
“Boleh juga.” Pantas Ameera Syuhadah menjawab. Kata-kata Franz telah menimbulkan perasaan ingin tahu dalam hatinya. Jarang sekali kenalannya memberitahu pendapat mereka tentang dirinya.
“Okey, yang pertama, raut wajah awak terlalu serius. Sukar saya nak percaya sebab di telefon ni awak tak kedengaran sebegitu.”
“Memang saya dikenali sebagai seorang yang serius. Kalau tak percaya, awak boleh tanya pelajar-pelajar di sini. Itu adalah reputasi saya.”
“Hm, satu kontradiksi yang menarik.”
Ameera Syuhadah tersenyum. Dia tahu agak sukar untuk orang lain mempercayai kata-katanya sebentar tadi. Telah acap kali orang yang tidak mengenalinya akan membuat kesimpulan yang dia sombong orangnya. “Apa lagi?” tanyanya lagi untuk terus mengetahui apa pandangan adik Franz terhadapnya.
“Yang kedua, walaupun awak berada di bumi Miami yang merupakan sebuah kota Megapolitan, tetapi awak tetap kekampungan. Memang susah nak jumpa keadaan seperti itu di sini.”
“Kekampungan?” Ameera Syuhadah mencelah.
“Iya.”
“Kenapa dia kata begitu?”
“Sebab awak terlalu simple dan terlalu ringkas bila berpakaian. Dua kali dia bertemu dengan awak tapi dua kali itu juga dia melihat awak hanya berkain batik yang terikat ringkas di pinggang awak, macam emak-emak di kampung. Silap-silap hari bulan, boleh terlondeh ikatan kain awak tu.” Gurau Franz dengan sinis.
“Merepeklah awak ni, Franz. Sebenarnya saya lebih suka berkain batik bila di rumah. Lagipun emak saya dah membekalkan kain-kain tu untuk saya, takkan saya tak pakai. Ianya mengingatkan saya kepada emak saya, boleh hilang rindu saya pada dia bila memakainya.” Jelas Ameera Syuhadah. Dia tidak pernah mempedulikan apa kata orang tentang pakaiannya.
“Memang cara yang bagus untuk menunjukkan yang kita menghargai pemberian orang lain,” ujar Franz.
Ameera Syuhadah tergelak. “Memang sepatutnya kita menghargai pemberian orang. Saya juga hargai pemberian awak tu. Saya akan memakainya hanya bila kita bertemu nanti.”
“Awak benar-benar nak jumpa dengan saya?”
“Iya.”
“Kenapa?”
“Sebab saya nak tahu dengan siapa sebenarnya saya bercakap. Ada rupa, ada bentuk, bukan hanya sekadar suara.”
“Walaupun saya seorang yang cacat?”
“Kecacatan seseorang bukan alasan.” tukas Ameera Syuhadah pula.
Franz senyap. Mungkin sedang memikirkan sesuatu.
“Baiklah, tapi beri saya masa untuk memikirkan bila waktu yang sesuai. Boleh?”
“Boleh. Saya tunggu.”
Mereka berbicara beberapa minit lagi sebelum Ameera Syuhadah menghentikan perbualan mereka. Kedengaran bunyi pintu dibuka. Lynd dan Hamd telah pun pulang dari perpustakaan.

SSR7

Malam itu Ameera Syuhadah balik agak lambat dari kelas. Dia singgah ke Pasar Raya Publix sebelum melangkah pulang. Mulutnya terasa hendak mengunyah sesuatu dan keropok Nachos yang akan di cicah bersama krim putar menjadi pilihannya.
Sebaik dia melangkah masuk ke dalam rumah, telefon berbunyi. Hamd yang sedang menonton TV bergegas mengangkat gagang untuk menjawab.
“Kak Meera, panggilan untuk akak,” panggil Hamd sambil menghulurkan gagang kepada Ameera Syuhadah.
“Siapa?”
“Entahlah, tapi katanya dia Psycho.” Jawab Hamd sambil meletakkan telefon ke atas meja.
Perlahan Ameera Syuhadah melangkah mendapatkan telefon. Terasa penat badannya kerana konsentrasinya yang terganggu. Tumpuannya malam ini lebih kepada dua orang lelaki yang telah hadir dalam hidupnya. Seorang yang berada jauh di tanah air dan yang seorang lagi tidak tahu bagaimana pula rupanya. Yang dia tahu, yang empunya suara tanpa wajah itu adalah milik lelaki yang ditemui dalam mimpinya malam tadi. Dan kini ada seorang lelaki yang mengaku sebagai Psycho. Siapalah pula gerangan orangnya. Pasti dia seorang yang sakit jiwanya.
Ameera Syuhadah merengus kecil. Tidak sepatutnya itu yang difikirkan kala ini. Takut pelajarannya pula yang akan terganggu nanti.
“Helo,” sapa Ameera Syuhadah perlahan.
“Assalamualaikum.” Tegak badan Ameera Syuhadah mendengar suara Franz di sebelah sana. Badannya terasa segar tiba-tiba, bagaikan mendapat tenaga segera yang datang entah dari mana. Dijawab salam itu dengan hati yang gembira.
“Baru balik ke?”
“Yup.” Jawab Ameera Syuhadah ringkas.
“Dah makan?”
“Belum.”
“Nak makan ke?”
“Kejap lagi.”
“Why don’t you go and eat first. Saya call semula dalam setengah jam lagi, boleh?” Franz mengusulkan.
“Okaylah. Setengah jam lagi. Saya tunggu.” Janji Ameera Syuhadah kepada Franz. Timbul rasa gembira di hatinya kerana sikap Franz yang begitu prihatin.
Tanpa berlengah, Ameera Syuhadah melangkah ke bilik untuk meletakkan beg sebelum membuka tudung dan menyalin pakaian. Beberapa minit kemudian dia sudah berada di dapur. Dibuka tudung periuk dan melihat apa yang telah disediakan oleh Hamd malam itu. Pasti sesuatu yang ringkas seperti selalu.
Tepat seperti sangkaannya. Sup sayur campur bersama udang. Walaupun ringkas, tapi itu adalah salah satu dari makanan kegemaran Ameera Syuhadah. Brokoli dan lobak merah serta lada Benggala merah, kuning dan hijau benar-benar membuka seleranya. Diambil sebiji mangkuk dan diisi dengan nasi hingga separuh. Kemudian dicurahkan sup sayur campur ke atasnya.
Bersama camca di tangan, Ameera Syuhadah membawa makanannya ke hadapan TV. Rancangan 60 Minutes sedang ke udara dan teman-teman serumahnya sedang khusyuk mendengar berita yang sedang dibentangkan oleh Diane Sawyer yang menjadi pemberita jemputan pada malam itu.
Ameera Syuhadah tidak memberikan tumpuan sangat kepada berita yang sedang diulas oleh Diane. Bagaimana-pun, dia teringat kembali berita yang pernah disiarkan pada tahun lepas. Berita itu berkisar kepada cerita tentang kakitangan Perkhidmatan Kastam yang dikatakan tidak mempedulikan kegiatan pengedaran dadah yang sedang bergiat hebat di antara sempadan Amerika dan Mexico di San Diego.
Mike Horner telah menyerahkan sebuah memorandum yang kononnya telah ditulis oleh Rudy Camacho, ketua cawangan Perkhidmatan Kastam di San Diego, untuk dijadikan sebagai bahan bukti. Memorandum tersebut menyatakan bahawa lori-lori dan kenderaan dari sebuah syarikat yang terlibat hendaklah dibiarkan melalui sempadan negara itu tanpa sebarang pemeriksaan. Berita hangat itu telah menyebabkan kredibiliti Rudy Camacho terjejas teruk dan dipersoalkan oleh orang-orang bawahan-nya.
Bagaimanapun, setelah siasatan lanjut di buat, di dapati Mike Horner telah memalsukan dokumen terbabit sebagai tindakan membalas dendam terhadap layanan yang diterimanya semasa berada di dalam Perkhidmatan Kastam yang terbabit. Rudy Camacho pula telah menang di dalam saman malunya terhadap pihak CBS.
Ameera Syuhadah akui, di U.S. ni, memang mudah satu pihak menyaman satu pihak yang lain, kadangkala di atas perkara yang tidak masuk di akal langsung. Pernah ada kes di mana orang yang melakukan jenayah telah menyaman mangsanya, kononnya perkakasan dan hiasan rumah mangsa dapat dilihat hingga keluar rumahnya dan telah menimbulkan keinginan kepada penjenayah untuk mencuri masuk ke rumah mangsa tersebut. Dalam kes ini, malangnya si penjenayah telah menang dalam kes samannya itu.
Bagaimanapun, di dalam kes Rudy Camacho ini pula, pihak CBS dan para wartawannya begitu rakus dengan berita yang telah berada di tangan mereka sehingga mereka tidak melakukan siasatan dengan terperinci dan lebih mendalam. Latar belakang si pemberi maklumat juga tidak disiasat dengan baik, maka ini telah memberi ruang kepada si pemberi maklumat untuk membalas dendam. Kasihan sungguh mangsa tersebut yang hilang kredibiliti dirinya, tapi diharapkan dengan saman malunya itu, dan dengan kemenangan terhadap samannya itu, kredibilitinya dapat dipulihkan seperti sediakala.


Sedang menikmati hidangan makan malamnya, Ameera Syuhadah melihat Hamd bangun menuju ke gagang telefon.
“Hamd, lama ke nak gunakan telefon?”
“Kenapa kak?” soal Hamd kembali.
“Sebenarnya akak tengah tunggu panggilan dari kawan akak, si Psycho tu tadi. Mungkin lima minit lagi dia akan call. Akak tak ada nombor dia untuk nak memanggilnya semula.” Jelas Ameera Syuhadah kepada Hamd yang telah mula menekan nombor.
“Ala, Hamd guna sekejap aje. Kalau ada panggilan masuk sekejap lagi, Hamd akan pass pada akak,” balas Hamd kembali.
Ameera Syuhadah menganggukkan kepalanya. Dia sendiri serba salah sebenarnya. Tidak wajar dia tidak mengizinkan Hamd untuk menggunakan telefon itu pada waktu itu kerana masing-masing ada hak untuk menggunakannya. Cuma malam ini dia memang tidak sabar menanti panggilan dari Franz. Mujur telefon mereka mempunyai kemudahan panggilan menunggu, mudahlah mereka mengetahui siapa pemanggil baru tanpa perlu mematikan perbualan mereka sendiri.
Ameera Syuhadah mengalih pandangannya kepada jam di dinding. Selalunya pada waktu-waktu begini Hamd akan membuat panggilan ke Malaysia. Mungkin juga dia hendak membuat panggilan kepada ahli keluarganya.
‘Hish, tidak sepatutnya aku suruh Hamd memendek-kan masa bercakapnya dengan orang lain,’ getus Ameera Syuhadah dalam hatinya.
“Tak apalah Hamd, kalau Hamd nak bercakap lama pun tak apa, cuma Hamd tinggalkan aje pesanan pada kawan akak tu supaya telefon kemudian nanti.” Akhirnya Ameera Syuhadah membuat keputusan. Panggilan dari Franz pun bukannya penting sangat, cuma untuk dia mengetahui apa pandangan Franz terhadap lakarannya malam tadi. Sepatutnya dia boleh bersabar. Mungkin Hamd ada perkara penting yang hendak dibicarakan dengan temannya itu.
Setelah Ameera Syuhadah siap membasuh mangkuk supnya tadi, dia menapak masuk ke bilik. Hamd masih lagi berbual di telefon. Jika ada panggilan untuknya sebentar lagi, eloklah dia menjawabnya di bilik itu sahaja. Bebas dari pendengaran kedua gadis manis yang selalunya amat memahami sekiranya dia memerlukan privasi semasa berbual.
Ameera Syuhadah tidak perlu menunggu lama. Baru hendak membuka beg yang berisi dengan buku-buku yang telah digunakan di dalam kelas hari itu, telefon berdering. Pantas dia mengangkat gagang telefon. Benar seperti yang sangkaannya, Franz adalah pemanggilnya.
“Dah kenyang?” Soal Franz setelah menjawab salam Ameera Syuhadah.
“Alhamdulillah.”
“Lauk apa?”
“Sup sayur campur.”
“Siapa masak?” Soal Franz lagi.
“Hamd.”
“Sedap?”
“Memang sedap, apatah lagi kepada saya yang memang tengah kelaparan ni.” Jawab Ameera Syuhadah dengan ketawa kecil.
“Kebulur sangat ke?”
“Yup. Baru tadi saya dapat makan setelah seharian berlapar.”
“Kenapa dibiarkan perut tu kosong?”
“Saya bekerja sejak pagi. Hari ni saya nak kena siapkan satu modul yang mereka nak uji, jadi saya tak sempat nak ke kafe. Saya cuma sempat solat aje tadi. Selepas tu saya bekejar untuk menghadiri kuliah pulak.” Ameera Syuhadah menceritakan aktivitinya pada hari itu.
“Dah siap modul tu?”
“Dah. Mereka dah test and it ran perfectly as it should be.”
“Any homework ke malam ni?”
‘Hish, banyak pula soalannya malam ni, macam PI pulak,’ getus Ameera Syuhadah dalam hati.
“Ada, tapi tak banyak. Saya dah pun siapkan tadi.” Jelas Ameera Syuhadah kembali.
“Good.”
“Why?”
“Bila perut awak dah kenyang dan homework awak pun dah siap, bolehlah kita berborak malam ni. Ataupun awak terlalu letih?”
“O… macam tu. Kalau saya letih, macam mana?”
Suasana hening seketika. Mungkin juga Franz tidak menyangka yang Ameera Syuhadah akan menyuarakan kata-kata itu.
“Kalau macam tu, saya akan telefon aje lain kali.” Perlahan sahaja kata-kata itu keluar dari mulut Franz. Mungkin juga dia keberatan untuk menamatkan perbualan mereka. Ameera Syuhadah melemparkan senyuman yang entah ditujukan kepada siapa.
“Franz, there’s no need to terminate this conversation. Saya pun dah lama menunggu panggilan dari awak. Takkan saya nak tunggu lagi sehingga ke waktu yang lain pulak.”
“Ha, awak tunggu panggilan dari saya?” Suara Franz kedengaran ceria. Mungkin dia seronok memikirkan ada juga insan yang menunggu panggilannya.
“Iya. Saya ingat awak akan telefon saya semalam. Rupa-rupanya saya aje yang tertunggu-tunggu…”
“Saya minta maaf, Ameera. Sebenarnya adik saya balik lewat malam tadi, around 12. Takkanlah saya nak call awak lepas tu, saya pasti awak dah pun tidur, nanti saya mengganggu awak pulak.” Franz memberikan alasannya.
“Tak apalah. Saya tak kesah. Lagipun awak dah telefon saya malam ni, itu dah cukup bagus. Saya tak mahu menunggu ke esok, apatah lagi bila awak dah menggelar diri awak sebagai Psycho. Pasti awak sedang sakit jiwa....”
Franz tergelak. “Memang saya sedang sakit jiwa, sebab selalu teringatkan awak...”
“Franz,” tegur Ameera Syuhadah dengan lembut, tidak mahu Franz mula berperangai sebegitu.
Franz faham maksud teguran itu. Dia mula menukar topik perbualan mereka. “Well, what do you think of my brother?”
Ameera Syuhadah terkedu. Tidak disangkanya yang tiba-tiba soalan itu pula yang diajukan oleh Franz. Dia berfikir seketika.
“Fizikally or rohanily?”
Franz terkekek-kekek ketawa. “Cara itu pun ada ke?”
“Yelah. Keduanya ada perbezaannya.”
“Okeylah. Kedua-duanya sekali.”
Ameera Syuhadah berfikir sejenak. “Macam mana ye nak saya katakan. Secara fizikalnya, adik awak tu macam lanun.”
“Hah!? Macam lanun? Kenapa awak cakap macam tu pulak?” Tidak disangka oleh Franz, itu pula anggapan Ameera Syuhadah terhadap adiknya.
“Yelah, itu hanya dari sudut pandangan mata saya. Bukankah malam tadi dia berpakaian serba hitam. Rambutnya pula mencecah bahu. Raut wajahnya pula begitu serius. Ada juga bayangan hitam di pipinya, seolah-olah dia tidak sempat bercukur. Kalau sebelah dari matanya itu dilitupi oleh pelekap kulit, pasti itu akan melengkapkan lagi keterampilannya sebagai lanun.”
Franz terkekek-kekek ketawa. Terasa lucu dengan deskripsi yang diberikan oleh Ameera Syuhadah. “Awak tak rasa ke adik saya tu hensem orangnya?”
“Entahlah, Franz. Kekacakan orang ni boleh dilihat dari pelbagai sudut. Mungkin dia hodoh pada pandangan mata orang lain, tapi kacak pula pada pandangan mata saya. Begitu juga sebaliknya.”
“Bagaimana dengan tanggapan awak?” Tanya Franz lagi dengan rasa ingin tahu. Dia rasa tidak puas hati dengan jawapan berbelit-belit yang diberikan oleh Ameera Syuhadah.
“Penting ke apa yang saya anggap?”
“Mungkin juga.”
“Macam nilah Franz, apa yang saya anggap mengenai rupa paras adik awak tu adalah tidak penting. Yang penting, hati dan budinya. Rohaninya tu.” Jelas Ameera Syuhadah sambil mengelak dari memberitahu apa jua tanggapannya terhadap adik Franz yang mungkin juga adalah dirinya sendiri. Lagipun dia tidak layak untuk menilai rupa paras seseorang itu.
“Okey, what do you think of his rohani?”
“First impression, dia memang menggerunkan. Tapi rasanya itu adalah lakonannya sahaja. Saya rasa dia sedang berpura-pura, seolah-olah dia tu bukannya seorang yang baik, tapi pada masa yang sama dia cuba untuk melindungi awak, siapa jua awak yang sebenarnya.” Terang Ameera Syuhadah dengan tenang. Dia dapat melihat itu dari pertemuan yang hanya berlaku seketika. Dia berhati-hati di dalam menuturkan kata-kata kerana kemungkinan dia dipermainkan memang ada.
“Itu tafsiran awak pada pertemuan awak malam tadi?” Tanya Franz pula dengan perasaan ingin tahu.
“Franz, kita sebenarnya tidak boleh membuat andaian pada pertemuan pertama atau kedua. Tanggapan terhadap diri seseorang juga tidak boleh kita buat jika bertemu seseorang itu hanya sekali sekala. Seolah-olah kita telah mengklasifikasikan seseorang itu mengikut acuan yang kita mahu. Itu bahaya.” Jelas Ameera Syuhadah kepada Franz yang masih tekun mendengar.
“Memang menarik penjelasan awak tu. Takjub saya mendengarnya.”
“Okaylah Franz, giliran saya pula. So, what conclusion can you make out from the sketches?” Tidak sabar Ameera Syuhadah ingin mengetahui pandangan Franz kepada lakarannya.
“Well, for one thing, ia menunjukkan bahawa awak boleh multi-tasking, boleh melakukan dua benda pada satu masa yang sama,” seloroh Franz selamba. Ameera Syuhadah pula sudah melepaskan tawa kecilnya.
“Anything else?”
“Awak memang ada bakat dalam melukis.”
“Itu aje?” Tanya Ameera Syuhadah lagi.
“Apa yang sedang bermain di dalam fikiran awak, awak akan lakarkan di atas kertas putih tersebut. Segala persoalan yang sedang awak fikirkan, juga akan awak coretkan di atas kertas itu. Your subconscious is doing that.”
“Kenapa awak fikirkan demikian?” Tanya Ameera Syuhadah walaupun dia tahu kenapa Franz berkata begitu.
“Awak sebenarnya meragui kebenaran cerita saya. Awak mempertikaikan sama ada saya benar-benar seorang yang cacat ataupun sebaliknya. Awak juga tidak pasti sama ada segala yang saya ceritakan kepada awak adalah sebuah kebenaran.”
“Itu yang awak dapat simpulkan dari lakaran saya tu?” Tanya Ameera Syuhadah dengan nada sinis. Memang ketika itu dia meragui cerita lelaki itu. Namun dia cuba menyembunyikan rasa kagum yang terbit dari kesimpulan yang telah dibuat oleh lelaki itu.
“Hanya sebahagian darinya. Yang selebihnya, biarlah hanya saya yang mengetahuinya.” Jelas Franz dengan nada yang juga sinis. Mungkin dia tahu yang Ameera Syuhadah ingin mengujinya.
“Jadi, apakah kesangsian saya itu ada asasnya?”
“Mungkin juga.” Ringkas sahaja jawapan yang diberi.
“Apakah saya akan dapat confirmkan apa yang saya rasa, apa yang sedang bermain di kepala saya ni?”
“Boleh.”
“Bila?”
“Soon.”
“Bila?” Ameera Syuhadah mendesak lagi.
“Not now. Saya akan aturkan nanti. Tapi buat masa ini, saya juga nak ucapkan terima kasih di atas pemberian makanan yang telah awak bekalkan malam tadi. Terima kasih.” Franz menukar cerita. Tidak mahu dilayan kehendak Ameera Syuhadah untuk bertemu dengannya buat masa ini.
Ameera Syuhadah rasa kecewa. Dia memang tidak sukakan misteri atau apa jua persoalan. Dia lebih sukakan kebenaran, walau sepahit mana sekalipun ia.
“Sama-sama. Bagaimana rasanya?”
“Awak buat sendiri ke kuih raya tu?”
“Eh, eh, anak gadis mestilah tahu memasak, Franz. Lagipun, bila dah berjauhan dari keluarga, kenalah buat semua tu sendiri. Walaupun tak sedap, tapi kena cuba supaya tak rindu pada yang berada jauh dari sisi kita.”
“Tapi kuih raya yang awak buat tu memang sedap. Rindu pula pada kuih raya Mama saya.”
“Dia tak hantar kuih raya ke?”
“Tak.” Sepatah jawapan Franz diiringi dengan nada sugul. Timbul juga rasa tidak enak di hati Ameera Syuhadah. Namun dibiarkan sahaja perasaan itu berlalu pergi.
“Awak masih ada kedua ibu bapa?”
Franz senyap tanpa menjawab soalan gadis itu. Ameera Syuhadah menukar soalannya.
“Adik beradik?”
“Dua adik lelaki, seorang adik perempuan dan seorang kakak.”
“Termasuk adik yang malam tadi tu?”
Senyap seketika sebelum Franz menjawab. “Ya.”
“Awak tak balik ke Malaysia?”
“Tak.”
“Dah berapa lama awak tak balik?” Ameera Syuhadah menyoal lagi.
“Enam tahun.”
“Lamanya. Awak tak rindukan keluarga awak di Malaysia tu ke?”
“Saya memang rindukan mereka. Tapi saya terikat dengan kerja saya sekarang ni.”
“Ala Franz, takkanlah tak ada cuti langsung. Mereka kan ahli keluarga awak.” Ameera Syuhadah cuba memujuk. Dia sendiri hairan kenapa dia perlu memujuk lelaki itu sedangkan dia sendiri tidak mengenali lelaki itu.
“Tengoklah nanti. Bila hati saya sudah terbuka untuk pulang menemui mereka.”
“Franz, mereka kan ahli keluarga awak. Pasti mereka juga rindukan awak. Awak tak patut buat mereka begini.” Marah Ameera Syuhadah dengan lembut.
“Hei, Ameera. I have something for you,” lembut suara kata Franz membuka topik lain dalam perbualan itu. Dia tidak mahu membicarakan tentang ahli keluarganya dengan Ameera Syuhadah. Itu hanya akan membuatkan hatinya berbuku dan bosan.
“What?” Tanya Ameera Syuhadah dengan manja, mengikut rentak Franz. Dia sedar yang Franz tidak mahu dia berterusan menyoal tentang ahli keluarganya. Namun begitu, sekiranya di takdir Allah yang perkenalan mereka ini akan terus berkekalan, dia berharap yang satu hari nanti dia akan dapat memujuk Franz untuk bercerita tentang ahli keluarganya.
“Saya nak pulangkan bekas makanan awak tu malam esok, boleh?”
“La, ingatkan awak nak bagi saya something. Hadiah ke, coklat ke,” sergah Ameera Syuhadah lembut. “Oh ye, awak nak hantar ke?” Tanya Ameera Syuhadah dengan nada pura-pura terperanjat.
Franz tergelak besar. Dia tahu yang Ameera Syuhadah cuba untuk memerangkapnya.
“Not me lah, my brother, Zack.”
“So, finally your brother has a name. Zack. Tak ada nama Melayu ke?” gumam Ameera Syuhadah.
Franz ketawa. “Ameera, macam saya jugak, dia pun dah lama berada di sini. Kami lebih santai dikenali dengan nama yang pendek dan mudah.”
‘Tapi nama Melayu masih boleh dipendekkan dan bunyi pun macam Melayu. Contohnya, Mamat, Dol, atau pun Toyak.”
Franz ketawa lagi. “Toyak?”
“Ya. Singkatan dari tempoyak maka jadilah ia Toyak.” Gurau Ameera Syuhadah selamba.
Semakin panjang ketawa Franz mendengar gurauan Ameera Syuhadah. “Baiklah, saya faham. Tapi seperti yang saya katakan tadi, kami lebih selesa dengan nama yang kami gunakan ini.”
“Tapi kan Franz, kalau kita menggunakan nama kita yang sebenarnya, itu adalah lebih bermakna. Apatah lagi bila kita mempunyai nama yang baik dan bercirikan Islam. Oleh itu, boleh saya tahu nama awak yang sebenarnya?”
“Not today. Saya akan beritahu awak satu hari nanti.”
“Baiklah, berbalik pada perjumpaan saya dengan adik awak tu. Pukul berapa awak nak suruh dia datang menemui saya?”
“Macam malam tadi. Juga di tempat yang sama.”
“Kalau macam tu, insyaAllah, saya akan tunggu malam esok.”
Mereka berbual untuk beberapa minit lagi. Setelah mengucapkan salam, Ameera Syuhadah meletakkan gagang telefon. Dikalihkan pandangan matanya ke arah jam di dinding. Tanpa sedar, rupa-rupanya telah sejam berlalu. Dia menggelengkan kepalanya. Tidak disangka yang dia kini bagaikan orang yang mabuk bercinta. Cuba dielak dari perasaan itu dari terus menghantuinya. Dia bergegas untuk meneruskan kerjanya yang tergendala sejam yang lalu.

SAS8

Hari Sabtu itu tiba jua akhirnya. Wirdah berpakaian santai. Berblaus longgar tangan panjang hitam berbunga merah dan berseluar dan bertudung hitam. Tampak ringkas, kerana itu adalah dirinya. Dengan debaran di dada, dia mengambil teksi menuju ke Pasar Seni. Jalan agak lengang pagi itu, maka dia hadir lebih awal di situ. Sementara menunggu ke pukul 11 pagi, dia mundar mandir melihat-lihat barangan yang dipasarkan di tempat itu. Para peniaga pula masih sibuk mengemas kedai-kedai mereka untuk jualan pada hari itu. Sempat juga dia melihat hasil lukisan dan ukiran kaca yang dipamerkan berdekatan dengan pintu masuk ke Pasar Seni. Sesekali dia menjengah ke telefon bimbit di tangan, takut-takut dia tidak mendengar panggilan masuk. Resah di hati, hanya Allah Yang Mengetahui. Terasa bagaikan jantungnya mahu melompat keluar dari dada. Dup dap dup dap….
‘Hish, Wirdah. Kenapa yang kau gabra sangat ni? Anggap aje kau akan berjumpa pelanggan buat kali pertama,’ omel Wirdah di dalam hati.
‘Itu pelanggan. Mana sama dengan calun bakal suami….’
‘Hish, relaks… kau tu manusia, dia pun manusia. Dia bukannya Mr Hannibal yang suka makan daging manusia tu…’
Wirdah terus bermonolog di dalam hati. Dia dalam dunianya sendiri. Segala hasil seni yang terpampang di depan mata, langsung tidak dapat dinikmati seperti selalunya.
“Kring….!! Kring….!!” Nada dering telefon bimbit yang telah disetkan kepada nada dering telefon lama menyentak dia dari dunianya. Nada yang sedikit kuat mengajak orang lain mengalihkan pandangan ke arahnya. Wirdah tidak ambil peduli. Walaupun pengguna telefon bimbit masa kini terlalu asyik dengan nada dering lagu-lagu terkini, tapi Wirdah lebih senang dengan nada dering lama ini. Lebih nostalgik dan lebih mudah menarik dia dari dunia kerjanya.
“Assalamualaikum.”
“Walaikumussalam. Dah sampai?”
“Dah.”
“Awak di mana?”
“Kat dalam. Depan pelukis-pelukis handalan ni…”
“Jumpa saya diluar.”
“Luar tu luas. Boleh lebih spesifik?”
“Kampong awak kat mana?”
“Apa kaitannya?”
“Kampong. Awak. Kat. Mana?” tanya Ahmad Sabran sekali lagi satu persatu.
Hish, mamat ni. Sabar ajelah, getus Wirdah dalam hati. “Melaka.”
“Apa yang kat luar Central Market ni yang boleh dikaitkan dengan Melaka?”
Wirdah melampiaskan pandangannya ke luar.
“Kereta lembu.”
“Kereta lembu, dari Melaka, jalannya tak laju, sejam sebatu…”
Ahmad Sabran mula menyanyi lagu Kereta Lembu dengan riang. Namun segera dipintas Wirdah. “Oit, Encik Sabran, boleh tolong tak?”
“Tolong apa?”
“Tolong jangan nyanyi. Awak nak suruh hujan turun kat luar tu ke? Kalau dah hujan kejap lagi, jalan jam kat KL ni, naik kereta lembu tu lagi laju tau…” sindir Wirdah selamba. Berdekah-dekah Ahmad Sabran ketawa. Tak ambil kesah dengan sindiran Wirdah tu.
“Okeylah, saya ada di kereta lembu ni. Saya tunggu kat sini ajelah…” ujarnya sebaik ketawanya reda.
Tubuh Wirdah masih sedikit tersembunyi dari pandangan luar. Sekali lagi dia melemparkan pandangannya ke luar. Kelibat seorang lelaki mula kelihatan. Dia tersentak. Lelaki itu begitu santai memakai kaca mata jenama Rayban. Rambut pendek ala GI Joe. Berpakaian baju T berwarna merah yang hujung bajunya dimasukkan ke dalam seluar slack berwarna hitam. Diperhatikan pada pakaiannya. ‘Eiii… sedondonlah pulak. Macam berjanji aje…’ getus hati kecil Wirdah.
Wirdah resah. 1 minit. 2 minit. 3 minit. Dia terus memerhati. Lelaki itu masih tenang menunggu, sesekali melontarkan pandangannya ke dalam. Senyuman sentiasa tersisip di bibir. Akhirnya Wirdah melangkah keluar.
Sebaik melihat kehadiran Wirdah, lelaki itu membuka kaca matanya. Senyumannya juga semakin lebar. “Wirdah?”
Wirdah tersenyum dan mengangguk. “Ahmad Sabran?”
Giliran lelaki itu pula mengangguk. “Wa… matchinglah kita….” Guraunya lagi menunjuk kepada pakaian di tubuh mereka.
“Ni mesti awak ada pasang web cam kat mana-mana ni,” tempelak Wirdah pula.
“Nope, inilah namanya soulmate, cik Wirdah….” Ahmad Sabran lembut membalas.
Wirdah memandang lelaki itu ke atas, ke bawah dan ke atas semula.
“Like what you saw?”
‘Memang hensem…’ Wirdah mencemik. “Biasa je…” ucapnya. Lain di hati, lain di bibir.
“But I like what I saw. I can’t wait to make you mine!” ucap Ahmad Sabran lembut menggoda.
“Such confidence. Are you so sure that I will accept you?”
“Who knows? Allah yang Maha Mengetahui. Dan saya sentiasa berdoa kepadaNya agar dibuka hati awak untuk menerima saya.” Jawab Ahmad Sabran dengan rasa rendah diri.
Wirdah tersentap dan kali ini dia kehilangan kata-kata.
“Jom ke dalam.” Ajak Ahmad Sabran sambil tangannya melayang ke arah dalam.
“Errr…” Wirdah ragu-ragu untuk menerima pelawaan itu. Mereka hanya berjanji untuk berjumpa, bukannya untuk keluar berjalan sekali.
“Sekejap aje. Alang-alang kita dah jumpa ni, kita minum dulu.”
“Di mana?”
“Restoran Hameed ni aje, boleh?”
“Tak kesah.”
“Okey, ikut saya.”
Wirdah membontoti langkah Ahmad Sabran menuju ke restoran yang terletak di tingkat bawah itu. Agak ramai pelanggan, mungkin kerana hari itu hujung minggu dan tempat itu pula menjadi salah satu dari tarikan pelancung.
“Nak minum apa?” tanya Ahmad Sabran sebaik pelayan restoran mendekati.
“Horlick Ais.”
“Makan?”
Wirdah menggelengkan kepala.
“Horlick Ais satu. Kopi Radix satu.” Arah Ahmad Sabran kepada pelayan yang sabar menanti.
“Ada apa-apa soalan?” soalan Ahmad Sabran memecahkan kebisuan di antara mereka.
Wirdah menggelengkan kepala, tidak tahu apa yang hendak ditanya. Tidak tahu apa yang boleh dibualkan. Dia bagaikan mati kutu. Sesuatu yang janggal kerana selalunya dialah yang paling banyak bercakap. Dia memandang sekeliling kecuali ke arah lelaki itu.
“Boleh saya tahu sesuatu?”
“You may ask, but you may not get the answer.”
Ahmad Sabran tersenyum. “Any news for me?”
Wirdah menggeleng. “Nope. Apa sahaja keputusan, semuanya akan diberitahu oleh ayah saya kepada keluarga awak.”
“Kenapa?”
“Maksud awak?”
“Keputusan bukan ditangan awak ke?”
“Ini masa depan saya. Saya tidak berhak untuk membuat keputusan sendiri dan keluarga saya juga tidak berhak membuat keputusan bagi pihak saya.” Wirdah mula menerangkan.
“Jadi?”
“Keputusan ini adalah keputusan majority semua orang.”
“O… pentadbiran demokrasilah ni ye?”
Wirdah mengangguk. “Bakal suami saya bukan hanya akan mengahwini saya, tetapi dia juga akan menjadi sebahagian daripada ahli keluarga saya. Keluarga saya akan berkumpul hari Sabtu depan. Setiap ahli keluarga saya punya hak untuk bersuara dan menzahirkan pendapat. Kami berbincang baik dan buruknya and keputusan muktamat akan kami capai. Lepas tu barulah ayah saya akan memberitahu keluarga awak.”
“Bertuah juga awak dapat keluarga macam tu.”
“Alhamdulillah. Memang saya bersyukur.”
“So, what next?”
Wirdah tersenyum. “Tunggu…!!!!” katanya
Ahmad Sabran tergelak. Baru sahaja mahu meneruskan kata-kata, pelayan tadi sudah kembali bersama pesanan mereka.
“Awak nak ke mana lepas ni?” tanya Ahmad Sabran sambil menghirup kopi Radix di depannya dengan berhati-hati.
“Balik.” Jawab Wirdah sambil pantas menyedut minuman di depannya. Kat kepala tu nak cepat aje. Lagi cepat dia beredar, lagi bagus. Malas nak berlama-lama di situ. Lagipun dia tahu pasti pergerakannya sedang diperhati oleh seseorang.
“Tak shopping?”
Wirdah menggeleng kepala. “Tak minat.”
“Aik, pelik tu…”
“Kenapa?”
“Perempuan dan shopping ni kan synonym.”
“Tapi perempuan tu bukan saya.” bangkang Wirdah.
“I like.” Ahmad Sabran tersenyum. Satu lagi point untuk gadis di depannya. ‘Kurang maintenance minah ni…’ hatinya suka. “Habis tu siapa yang belikan pakaian awak?”
“Tak suka bukan bermakna saya terus tak shopping, Encik Sabran. Saya juga pergi shopping, tapi hanya bila perlu. Sebab shopping tu memenatkan. Saya dah sediakala penat, jadi saya tak mahu tambah memenatkan lagi badan saya. Hujung minggu macam ni, saya perlukan rehat. Rehat, maknanya tidur.”
“Memang banyak kerja, yek?”
Wirdah mengangguk. “Hectic sampai tak ada masa untuk diri sendiri.”
“Balik selalu pukul berapa?”
“Tak tentu. Tapi seawal pukul 11 malam. Kadang-kala tidur kat office.”
“Bila dah kahwin nanti?”
Wirdah menjongket bahu. “It’s not an option. Dan awak kena pertimbangkan faktor yang satu ini. Awak tak kesah ke kalau dapat isteri yang sibuk sentiasa dan kadang-kala awak terpaksa ditinggalkan?”
“Saya tak kesah. Saya faham, tapi saya tidak mahu kesibukan itu sampai melibatkan kesihatan awak. Bila itu yang terjadi, barulah ia perlu dibincangkan semula.”
Hm… macam caring aje orangnya. Another point to him, getus hati kecil Wirdah.
“Okeylah Encik Sabran. Air pun dah habis. Saya juga perlu berehat. Saya nak balik,” ujar Wirdah seraya bangun dari duduk. Tindakan Wirdah diikuti oleh Ahmad Sabran.
“Awak bayar?” unjuk Wirdah kepada minuman mereka.
“Of course!” jawab Ahmad Sabran tersenyum. Manis. Lebih manis dari Horlick Ais yang diminum sebentar tadi. Terus memanah ke jantung Wirdah. Segera dia mengeraskan tangan yang mahu bergerak ke dada, mahu menutup degupan jantung yang seakan mahu berhenti. Dia terus memandang ke arah Ahmad Sabran yang berjalan ke kaunter untuk membuat pembayaran. Mujur apabila lelaki itu datang kembali ke sisinya, degupan jantungnya sudah seperti sedia kala.
“Datang dengan apa tadi?” tanya Ahmad Sabran sebaik mereka berjalan meninggalkan restoran itu.
“Teksi.”
“Saya hantar awak balik?”
“Tak perlu. Since saya datang dengan teksi, saya akan balik juga dengan teksi.”
“Betul ni?”
Wirdah mengangguk. “Yup.”
“Saya pun parking kat depan tu, so jom saya temankan awak ke taxi stand,” akur Ahmad Sabran sambil menyaingi langkah Wirdah yang laju berjalan ke Jalan Tun Tan Cheng Lock.
Sementara menunggu gilirannya sampai, Ahmad Sabran menemaninya di situ. “Wirdah!” panggil Ahmad Sabran dengan lembut.
Wirdah berpaling. Sepantas itu gambarnya diambil dengan menggunakan telefon bimbit lelaki itu. “Nak buat apa?” tanya Wirdah dengan dahi berkerut.
“Nak tunjuk pada family. Mereka juga nak kenal awak.”
“Okeylah kalau macam tu. Tapi janji dengan saya, jangan guna-gunakan saya lepas tu, boleh?”
“Cik Wirdah. InsyaAllah saya ni seorang Islam yang baik. Not perfect, neither bad. Saya tak guna cara halus macam tu untuk mendapatkan seorang isteri. Saya lebih yakin pada Allah. Pada DIA saya meminta dan berserah.” Jelas Ahmad Sabran dengan tenang.
Wirdah senyap. Dia rasa terpukul. Jelas dia bergurau tidak kena pada tempatnya. “Errr.. maaf, saya gurau aje tadi tu,” dia meminta maaf.
“Tak apa. Saya pun minta maaf juga sebab ambil gambar awak ni tanpa kebenaran.
“Apology accepted.”
“Tapi ada satu yang saya nak beritahu awak.”
“Apa dia?”
“Saya nak simpan gambar ni.”
“Untuk?”
“Sebagai pembakar semangat saya.”
“Tak boleh!”
“Ala… bolehlah…” pujuk Ahmad Sabran tersengih.
“Tak boleh..!!” tegas Wirdah pula.
“Kenapa?”
“Takut awak yang terbakar. Habis tu, siapalah yang hendakkan awak lagi…” sindir Wirdah selamba.
Ahmad Sabran melambakkan tawa. Wirdah mula menjulingkan mata, malu bila beberapa orang penunggu teksi lain sudah mula memandang mereka.
“Lepas ni gerenti saya akan masuk tidur lebih awal…” ujar Ahmad Sabran bila ketawanya reda kembali.
“Kenapa?”
“Bila tidur awal, boleh mimpi awal. Boleh jumpa awak dalam mimpi lebih awal...” jawab Ahmad Sabran dengan berlagu.
Wajah Wirdah mula merona merah. Dia malu bila diusik begitu. Mujur gilirannya sampai. Teksi yang dinanti berhenti betul-betul di depannya. Pantas Ahmad Sabran menghampiri pintu belakang dan membukanya.
“Assalamu’alaikum,” ucap Wirdah sebaik dia memasuki teksi.
“Wa’alaikumussalam,” balas Ahmad Sabran seraya menutup pintu teksi itu.
Sebaik teksi bergerak, masing-masing melemparkan sebuah senyuman dan saling berbalas lambaian.

Saturday, February 5, 2011

SAS7

Jam baru menunjukkan angka 7. Anis masih menyediakan sarapan di dapur. Wirdah pula baru sahaja selesai menggosok baju apabila telefonnya berbunyi. Berkerut dahinya kerana entah siapa pula yang rajin menelefonnya di awal pagi-pagi begini. Tanpa melihat siapa pemanggilnya, Wirdah terus menekan butang hijau.
“Assalamu’alaikum.”
Erk, suara mamat ni. Sistem dia ada masalah ke sampaikan aku di telefonnya pagi-pagi ni. “Wa’alaikumussalam.” Jawab Wirdah dengan nada kurang mesra. Terasa ketenangannya terganggu. Dia memang kurang gemar bercakap di awal pagi begini. Semua orang tahu hakikat itu. Kerana itu dia jarang diganggu oleh ahli keluarga dan sahabat handainya sehingga pukul 9 pagi. Ketika itu moodnya lebih baik dan lebih mesra. Entah bila akan berubah, dia tidak pasti. Mungkin lepas kahwin, dan mungkin untuk selama-lamanya.
“Tidur lagi ke?”
“Dah pukul berapa ni?”
“Manalah tahu. Kot kot jenis anak dara pemalas. Lepas solat tidur balik. Atau pun tengah kibatkan bendera merah ke?”
Menyirap darah merah ke muka. Mamat ni memang jenis tak kesah agaknya. “Ada apa telefon pagi-pagi ni?” tanya Wirdah tanpa ada rasa mesra alam.
“Mengganggu ke?”
“Memang.”
“O, patutlah moody aje…”
“Saya memang macam ni tiap-tiap pagi.”
“Kalau gitu, saya call kemudian aje.”
“Okey.”
“Eh, nantilah dulu…”
“Apa lagi?”
“Nak tahu tak?”
“Tak nak!”
“Ala, nak lah…” Ahmad Sabran memujuk dengan nada manja.
“Eii… macam budak-budak…”
“Ala, nak lah…” Ahmad Sabran terus memujuk.
“Yelah, yelah. Apa dia?” Bentak Wirdah tanpa perasaan. Sedikit kasar bunyinya. Namun tidak dihiraukan oleh Ahmad Sabran.
“I feel so good this morning. I feel good…te de de de deng…” Ahmad Sabran menyanyi kecil.
Aik, itu aje yang nak diberitahu? “Apa kena mengenanya dengan saya?”
“Mestilah ada kena mengena dengan awak. Segala-galanya tentang awak. Panggilan awak malam tadi. Mimpi saya malam tadi.”
“Mimpi?”
“Tentang kita.”
“Whoa… I don’t know you. You don’t know me. Period.” Wirdah tegas memberi kata-kata.
“Itu kata awak. Kata hati saya, lain.”
“Instinct?”
“Yup.”
“Apa kata instinct awak?”
“Awak adalah jodoh saya.”
“Kita tak pernah bersua muka. How can you say that I’m your soulmate?”
“Sebab mimpi saya begitu indah malam tadi.”
“Cantik ke hantu dalam mimpi awak tu? Tak dapat nightmare macam kat dalam Nightmare on the Elm Street?”
Ahmad Sabran tergelak. “He..he.. Hantu saya ni tak nampak muka. Tapi dialah yang telah menghancurkan segala Freedie Krueger yang cuba mengganggu saya. Wonder woman to the rescue! Dan saya yakin dia adalah awak.”
“How can you be so sure?” sindir Wirdah sebaliknya. Susah juga nak mengubah anginnya yang tak elok itu.
“Sebab dah lama saya buat istikharah. Semuanya menjurus kepada awak. Dan pagi tadi, sebaik sedar dari tidur, hati saya begitu tenang. Hati ini begitu yakin dengan instinct saya sebelum ini.”
Wirdah terkesima. Lelaki itu telah pun beristikharah, tetapi dia? Bila lagi Wirdah?
“Wirdah.” Ahmad Sabran memanggil lembut.
“Saya.” Nada suara Wirdah semakin kendur.
“Jom jumpa.”
“Untuk apa?”
“Supaya saya tahu bagaimana rupa awak, dan awak tahu bagaimana rupa saya.”
“Perlu ke?”
“Saya cuma nak pastikan yang Wirdah Haji Mukhsin ni kenal dengan Ahmad Sabran Ahmad Idris. Itu sahaja.”
“Tapi…”
“Wirdah, insyaAllah, Allah dah tetapkan hati saya untuk menerima awak. Saya cuma inginkan peluang ini untuk awak mengenali fizikal saya secara bersemuka. Kalau nak bagi awak tengok gambar saya, saya ni fotogenik orangnya, terlalu hensem kat dalam gambar tu, nanti saya takut awak tak tidur malam pula.”
“Eiiuuu, awak ni memang mamat perasan, kan?”
Ahmad Sabran terkekik kekik ketawa. “Ha, dah elok sikit mood awak tu?”
Ya Allah, rupanya dia sengaja nak bagi aku tension sikit, supaya tak ketara sangat angin pus pus aku tu… “Dah…”
“Bagus. Sebenarnya Wirdah, saya tak dapat nak menjanjikan emas permata. Cukuplah awak dah duduk kat Sri Hartamas tu. Tapi saya rasa, kita akan sama-sama dapat melayarkan bahtera rumahtangga kita supaya bahagia. It’s a two way street, bukan jalan sehala. Perkahwinan ni sebuah perkongsian. Bila hidup bersama, pasti ada active and reactive. Ada positive and negative. Ada yang akan dominan dan yang pasif. Walau ada chemistry, tapi jangan sampai ada letupan besar macam bom atom, ramai yang menjadi mangsa. Biar macam fireworks, cantik dan menghangatkan. Ada pula warna-warna pelangi. Ada keserasian walau ada tujuh warna. Bila pasangan tahu peranan masing-masing, barulah ada keharmonian. Tak perlu jadi angkasawan, tapi kita akan dapat menggapai bulan dan bintang ke dalam genggaman kita. Kerana itu saya mahu awak berjumpa saya. Jadi, apa pendapat awak?”
Amboi, mamat ni, memang terror pasal bab madah bermadah ni sampai dia pun terasa terbuai juga. Tapi dia juga keliru. “Hm, tengoklah nanti. Saya tak pasti bila kita boleh jumpa.”
“How about this weekend?”
“When exactly?”
“Hari Sabtu. 11 pagi. Central Market.”
“Tunggu sekejap.” Wirdah pantas melihat ke dalam jadual kerjanya. Masih kosong. Pelan seterusnya pula perlu dihantar kepada pelanggan pada hari Rabu berikutnya. Masih sempat untuk disiapkan. Lagipun, hanya hujung minggu ini sahaja yang dia ada. Hujung minggu depan, dia perlu pulang ke kampong. Tempoh yang diberi ayahnya akan tamat.
“Okey, saya rasa saya boleh luangkan masa pada hari tu. Anything else?”
“Nope. So, insyaAllah kita jumpa hujung minggu ni. Assalamu’alaikum.”
Wirdah menjawab salam yang dihulur. Ibu jarinya menekan butang merah, menamatkan perbualan yang mulanya tidak diundang itu. Ditatap jadual kerjanya. Pantas tangannya menulis:
Tarikh: 23 May
Masa: 11 pagi
Tempat: Central Market
Agenda: Jumpa calun suami!

SAS6

“Saya Wirdah anak Haji Mukhsin dan Hajah Wahidah. Kelahiran Kuala Lumpur. Tapi sekarang dah berkampong di Melaka. Anak ke empat dari lima beradik. The rose amongst the thorns. Baru 2 orang anak buah.”
“Di Kuala Lumpur, tinggal di mana?”
“Sri Hartamas.”
“Tempat kerja?”
“Jalan Duta.”
“Fuh, gempaklah awak ni. Duduk kat tempat banyak harta. Emas pulak tu. Kerja pulak kat tempat banyak duta. Berprestij tu.”
“Mana ada?”
“Ada.”
“Apa yang adanya?”
“Tu, ramai kan duta yang duduk kat situ.”
“Kunun-kununnyalah…”
“Aik, tak betul ke?”
“Ramai Duta dah lari pergi duduk kat Putrajayalah…”
“O… ye ke?”
“Iye…”
“Jadi, kat Sri Hartamas tu, banyak ke emasnya?”
“Tu orang lain yang banyak emas. Saya menyewa aje.”
“Tinggal sorang ke?”
“Tidak sorang, tidak juga berteman.”
“Lain macam aje bunyinya. Tidak sorang, tidak juga berteman. Dengan Cik Hantu ke?”
“Cis, mulut…tapi kan, kita manusia ni mana pernah tinggal kat mana-mana sorang-sorang diri aje. Mesti berteman. Yang boleh nampak, cuma sorang aje kat dalam rumah tu. Yang tak nampak tu, tak tahulah pulak.”
“Yang tak nampak tu, malaikat kiri dan kanan. Kalau syaitan tu, mesti pangkat tinggi sikit. Sebab rasanya susah jugak nak goda awak.”
“Kenapa awak cakap macam tu?”
“Sebab susah jugak nak naikkan kemarahan awak. Kalau dah marah tu, cepat pulak sejuknya. Juga bukannya jenis yang mudah takut. Semangat pun kental aje.”
“Mana awak tahu?”
“Adalah….”
“Awak pasang spy ke?”
“Dok eh…” tukas Ahmad Sabran, dah masuk loghat Terengganu sikit.
“Habis tu?”
“Adolah….” Masuk pula loghat negeri.
“Awak ada jin peneman ke”?
Ahmad Sabran ketawa kecil. “Hush, na’uzubillah.”
“Okeylah, apa lagi awak nak tahu tentang saya?”
“Kerja?”
“Penting ke?”
“Sekadar nak tahu.”
“Macam awak, kuli sepenuh masa.”
“Syarikat mana?”
“A&W Architecture and Consultancy.”
“A&W?”
Wirdah ketawa kecil. Sudah mengagak mesti itu yang akan ditanya oleh lelaki itu. Bukan sekali orang ramai mempertikaikan nama syarikatnya, tapi seronok juga menumpang glamour nama restoran makanan segera itu. “Bukan yang jual fast food tu!”
“Habis tu?”
“Anis & Wirdah Architecture and Consultancy.”
“O… jadi awak ni kiranya seorang arkitek, gitu?”
“Ala, macam awak jugak, kuli sepenuh masa.”
“Ha’ah ek, kira sepadanlah kita ni yek, dua-dua kuli sepenuh masa. Tapi awak up sikitlah, sebab awak kuli banyak duit, saya memang betul-betul kuli aje…” Suara Ahmad Sabran kedengaran seolah-olah sedang merendah diri.
“Kuli tetap kuli. Duit bukannya apa-apa, setakat a means to an end. Yang penting, berkat. Walau duit sejuta pun, kalau tak berkat, tak guna juga. Kalau duit sejuta pun, kalau digunakan bukan untuk jalan Allah, pun tak guna juga. Pasti cepat aje dia susut, macam paip air bocor. Yang penting, redha dengan rezeki dan nikmat yang telah Allah berikan tu.”
Ahmad Sabran mendengar dengan tekun. Tersenyum juga mendengar kata-kata gadis itu. Satu lagi markah telah terkumpul dek gadis itu.
“Well, selalu sibuk ke?”
“Sibuklah jugak.”
“Tapi mesti ada masa rehat, kan?”
“Memanglah ada, tapi most of the time, boleh meletup.”
“Apa yang boleh meletup?”
“Kepala.”
“Kenapa?”
“Penat kena perah otak nak fikirkan pasal design segala.”
“Ala… bila dah rasa nak meletup tu, take a break, take a Kit Kat.”
“Pandailah awak…”
“Eh, saya memang pandai…”
“Hm, rajin betul awak masuk bakul angkat sendiri ye Encik Sabran?”
“Eh, tadi awak jugak yang kata saya pandai. Saya hanya membenarkan sahaja.”
“Hai, apalah malang nasib saya hari ni. Tadi bercakap dengan mamat tiga suku. Sekarang dengan mamat perasan lah pulak….” Keluh Wirdah.
“Apa pulak malangnya, Cik Wirdah. Hari ini hari bertuah awak sebenarnya. Mamat tiga suku tu pun, saya tadi tu…”
“Tau…”
“Tau tak pe…”
Hish, masak aku dengan mamat ni. Dikerling jam didinding. Huh? Dah hampir sejam? Patutlah lenguh semacam aje tangan aku ni. Telingapun dah panas semacam. Nasib baik guna telefon postpaid, kalau tak, pasti dah lama putus panggilan ni. Panggilan pun taklah semahal mana. Dah namanya within the same network. Malam pulak tu. Lagi murah.
“Heiii…senyap aje? Dah tidur ke?”
“Ha’ah. Dah tertidur sebab letih dengar kelentong awak tu.”
“Amboi, sentap tau kat dalam hati saya ni.”
“Eh, bukan awak ni jenis yang kalis perli ke?”
“Ada ke cakap macam tu. Saya ni pun manusia jugak, tau.”
Wirdah terasa mahu ketawa. Suara Ahmad Sabran kedengaran seakan dia sedang merajuk dengannya.
“Eh, tak sangka saya yang awak ni boleh terasa.”
Suasana hening seketika. Tiada balasan yang diterima daripada lelaki itu. Hem, betul ke terasa?
“Wirdah…” tiba-tiba suara Ahmad Sabran memecah kesunyian.
Amboi lembut pulak suara mamat ni. Macam ada apa-apa aje. Tadi bukan main touching semacam. “Yep, ada apa?”
“Saya rasa, diantara kita berdua ni ada chemistry lah.”
“Hah? Biar betul?”
“Betul.”
“Kenapa?”
“Sebab, pertama kali dapat panggilan dari awak petang tadi, dah berlaku letupan kecil kat dalam rumah saya tu.”
“Hah? Boleh percaya ke?”
“Betul. Mangkuk kaca yang saya gunakan untuk goreng ikan tu, comel aje. Hot plate tu pulak saiznya lebih besar. Telur ikan parang yang saya goreng tu pulak meletup-letup, lalu terpercik ke atas hot plate. Akhirnya berlaku letupan kecil sebelum terbakar.”
Betullah ada kemalangan kecil lagi, getus hati kecil Wirdah. “Teruk ke terbakarnya?”
“Dok eh. Kecil aje. Lagipun ada Superman ni kan, tiup aje dengan udara sejuk, pasti ditanggung beres.”
“Hish, awak ni kenapa yek terlalu taksub dengan seluar dalam? Tadi tu model seluar dalam. Sekarang dengan Superman yang terkenal dengan seluar dalam merah kat luar tu. Awak ni psycho ke apa?”
Tergelak besar Ahmad Sabran mendengar omelan Wirdah. Tak disangka itu yang difikirkan oleh gadis itu.
“Hm, dah dekat dua jam ni, panjang betul interview awak ni kan. Agaknya kalau ada panggilan interview kerja, saya kena pastikan awak bukan orang yang akan interview saya. Masak saya macam ni.”
Wirdah buat tidak endah omelan lelaki itu. Ada sesuatu yang perlu ditanya sebelum perbualan mereka diakhirkan malam itu. “Menyentuh tentang memasak ni, awak memasak ke?”
“Bila perlu.”
“Setanding Chef Wan?”
“O… itu macam nak jadi angkasawan tu. Level saya masih jauh ke bawah. Lagipun, setakat ikan atau telur goreng dan kicap dah cukup bagi saya.”
“Mee segera?”
“Itu pantang saya.”
“Pantang?”
“Yup. Pantang jumpa. He he…”
“Hm, baguslah macam tu. Kalau kita ditakdirkan kahwin esok-esok, senang hidup saya. Hari-hari masakkan mee terbang untuk awak.”
“Mee pun boleh terbang?”
“Yelah, mee segera yang dicampakkan dengan segala macam rencah ke dalamnya…”
“Aish, takkan lepas kahwin pun hari-hari nak pekena mee terbang aje cik adik oiii….”
“Dah itu aje kepakaran saya.”
“Teruk macam tu sekali?”
“Kalau awak rasakan itu teruk, rasanya baiklah awak cepat-cepat tarik diri. Cari orang lain, kan senang.”
“Dapat isteri yang tak tahu masak ni, sebenarnya adalah salah satu dari cabaran hidup. Kalau awak tak sudi nak upkan skill awak tu, nampak gayanya, kenalah saya yang pikul tanggungjawab tu. Kenalah belajar memasak dari Chef Wan, special class.”
“Awak sanggup?”
“Eiii…. siapa yang tak sayang bini oii… Lagipun dah memang menjadi tanggungjawab saya untuk menyediakan semua tu. Kalau tak, kenalah cari tukang masak first class duduk kat rumah ni.”
“Hai, sekarang memanglah cakap macam tu. Esok-esok?” bangkang Wirdah selamba. Ingin dilihat sejauh mana keihklasan hati Ahmad Sabran.
“Cik adik manis. Cuba buka kitab balik. Tugas isteri adalah untuk menjaga kehormatan diri, suami dan harta benda serta mendidik anak-anak. Memasak memang bukan tanggungjawab isteri. Tapi kalau si isteri memasak untuk suami dan anak-anaknya, tambah banyak pahala yang akan diterima kerana turut sama menggembirakan hati suami. Saya bekerja, awak pun bekerja. Kalau saya tahu penat, awak pun mesti penat. Bila dah penat, saya sendiri pun tak ada mood nak masak. Jadi saya rasa awak pun mesti rasa yang sama. Bila dah penat, nak buat kerjapun kurang ikhlas. Jadi, bagi saya, biar tukang masak buat tu semua. Awak hanya perlu berehat, cantikkan diri, wangi-wangi, senyum-senyum. Awak bahagia, saya bahagia. Kita sama-sama bahagia.”
Hem, 10 points untuk mamat ni, omel Wirdah tersenyum nipis.
“Okey, ada soalan lagi?”
“Tak apa ke kita berborak lama ni?”
“Saya tak kesah. Persoalan awak perlukan jawapan. Mana yang saya boleh jawab, saya jawab. Tapi untuk pengetahuan awak, sekarang dah lebih pukul 11 malam. Pasti bil telefon awak bulan ni akan meletup!”
“Tak apa kalau sekali sekala bil yang meletup. Asalkan kemudian nanti bukan saya yang meletup!”
“Kalau awak sudi terima saya, saya akan pastikan awak tidak meletup, kecuali masa nak lahirkan anaklah….”
“Fuh, jangan nak berangan ye Encik Ahmad Sabran. Belum tentu lagi….” Tukas Wirdah sinis.
“Kalau doa saya diterima Allah, insyaAllah…” pantas Ahmad Sabran memintas kata-kata Wirdah.
“Maksud awak?”
Ahmad Sabran tidak menjawab. “Okey, dah terlalu lewat ni. Esok saya ada mesyuarat dan ada beberapa benda lagi yang saya nak kena prepare. And hopefully I will dream of you.”
“Encik Ahmad Sabran, tolong jangan mimpikan saya. Saya takut awak akan ada nightmare dalam tidur awak nanti.”
Ahmad Sabran tergelak kecil. “It’s okey. Saya tak kesah. Itu semua bukan ukuran saya. Dahlah, nanti kita sambung lagi. Next time, saya call. Tunggu….!!!”
Hm, dah macam DJ pulak dah mamat ni. “InsyaAllah.”
“Sweet dream. Assalamualaikum.”