Hak Cipta Terpelihara. Baca Yes, Copy No

Tuesday, October 19, 2010

SPC11

"Hemm, malam semakin larut, perut pun dah kenyang. Tapi kita masih lagi belum menyentuh tujuan kita berjumpa malam ini.”
Sengaja Ilia membangkitkan perkara itu agar tidak ketara sangat bahawa tujuan dia berjumpa dengan Fandi bukanlah untuk itu sebenarnya, tapi sebaliknya adalah untuk menggodanya. Dia sendiri tidak pasti sejauh mana keberkesanan godaannya malam itu, tapi diharapkan beberapa jam yang telah berlalu itu akan mendatangkan hasilnya juga.
“Why don’t you tell me about your proposal?” sambung Ilia sambil merenung Fandi dengan manja.
Suara seraknya bernada perlahan, kedengaran seksi walau di telinganya sendiri. Dia mempamerkan aksinya bagaikan kucing yang kekenyangan. Hujung jarinya pula bermain-main di tangan Fandi yang terletak di atas meja.
Hilang apa yang sedang bermain di kepala Fandi dengan lagak bersahaja yang ditunjukkan oleh Ilia. Tersentap hatinya dengan permainan baru itu.
Cuba dicari apa yang hendak diberitahu kepada Ilia. Dia sepatutnya memberi maklumat-maklumat mengenai kebaikan dan keuntungan yang akan diraih sekiranya syarikat mereka bergabung.
Itulah tujuan sebenarnya makan malam ini. Tapi semua itu hilang begitu sahaja. Dia jadi terleka. Bila ditegur, baru hendak dicari dari lubuk mindanya apa yang perlu disampaikan kepada Ilia.
“Bersama proposal tersebut ada saya sertakan sekali profile syarikat saya, penyata kewangan sejak beberapa tahun yang lepas, keuntungan sebelum cukai dan selepas cukai, aset serta modal syarikat AlKhaliq Berhad.” Akhirnya Fandi memulakan bicara. Ditarik tangannya dari pada Ilia agar dia dapat menumpukan perhatiannya.
“Saya juga mencadangkan agar satu jawatankuasa dibentuk bagi membantu dari segi pengurusan, kawalan dalaman, dasar perakaunan, dan juga laporan syarikat. Ahli jawatankuasa ini akan kita ambil dari syarikat Durra dan juga syarikat kami. Let’s say fifty-fifty.” Fandi menambah. Diperhatikan juga riak wajah Ilia. Tiada langsung kelihatan riak minat pada wajah ayu itu. Namun dia tidak mahu mengalah.
“If you agree, we will purchase only 40 percent of your equity, so you will still have full control of the company while at the same time, you will get more benefit for your company and staff. Apa yang ada pada AlKhaliq Berhad will also be extended to your company as well.” Fandi berhenti di situ. Dibiarkan sejenak wanita itu menyerap maklumat yang telah disampaikan.
“Kenapa terlalu berminat dengan syarikat ini, tidak syarikat yang lain?” Ilia melontarkan pertanyaan yang sama yang pernah disoalnya semasa pertemuan pertama mereka dahulu.
Fandi tersenyum mendengar pertanyaan yang diajukan Ilia. “Kami sebenarnya telah menyenarai pendekkan beberapa syarikat kepada tiga dan daripada tiga ini, saya rasakan bahawa syarikat Durra ni lebih memberikan impak yang lebih positif kepada penggabungan yang kami mahukan. Lagipun, pastinya CEnya sendiri lebih menarik dari yang lain-lain tu.”
Sekali lagi Fandi bermain kata-kata. Ilia juga masih lagi merenung manja kepada Fandi. Sesekali bibirnya dibasahkan dengan hujung lidahnya. Terganggu konsentrasi Fandi dengan aksi yang penuh menggoda itu. Bagaimanapun cuba dikawal nafsunya sebaik mungkin.
“Penggabungan bagi kedua syarikat ini sebenarnya adalah bertujuan untuk memberikan kami tapak di dalam industri ini tanpa banyak memberikan risiko yang terlalu tinggi kepada pihak kami. We are more confident if we were to take over or merge with your company, as we will also get your experience and skill sets as well as your asset in the operation of the company.” Fandi menambah walaupun sebenarnya terasa begitu sukar untuk dia berbuat demikian di kala ini.
Ilia senyap sambil cuba untuk mendengar penjelasan yang diberikan oleh Fandi. Dengan kelakuan dan aksi yang dipamerkan, pasti Fandi akan menyangka bahawa Ilia tidak serius di dalam mendengar penjelasannya itu. Memanglah dia sebenarnya tidak berminat mendengarnya, tapi takkanlah pula dia hendak memberitahu Fandi sedemikian. Pasti dia akan cepat bosan, dan mungkin juga selepas ini tiada lagi kesinambungan dalam perhubungan mereka berdua.
“Mungkin juga kita boleh compromise dan bertolak ansur di dalam hal ini.” Fandi mencuba lagi. Ilia mendongakkan mukanya dan memandang tepat ke arah Fandi.
“Compromise yang bagaimana tu?”
“We can nego on the term and the percentage.”
“Oh itu, saya ingatkan apa tadi….” Terjongket hujung bibir Ilia yang sebelah kanan. Dia tersenyum sinis memandang Fandi.
Fandi terasa yang dia semakin terus dipermainkan oleh Ilia. Dia sedar yang Ilia sememangnya tidak berminat dengan penggabungan itu, tapi dia harus mencuba untuk menanam minat itu di dalam diri wanita yang menjadi tunggak utama dalam Permata Resorts and Constructions itu.
“Hm, ada apa-apa lagi cadangan?” Ilia bertanya pula.
Rasa seperti nak ku bawa diri mu keluar dari sini dan ingin ku belai tubuh mu yang putih gebu. Ingin ku korek rahsia diri mu. Siapakah engkau yang sebenarnya yang sedang beraksi di hadapan ku ni, hati kecil Fandi sempat bermadah sambil merenung dalam ke anak mata Ilia.
“Saya rasa cukup setakat ini penjelasan saya buat malam ini. Saya amat berharap awak akan bawa balik dan fikirkannya. Dan saya amat berharap yang awak akan dapat mempertimbangkannya, Durra.”
“Why would I want to do that? Why should I even consider it? Bukankah lebih baik sekiranya saya balik dan mimpikan awak sahaja dalam tidur saya?” Usik Ilia sambil menjeling manja ke arah Fandi.
Terkedu Fandi di situ. Seketika kemudian dia tersenyum sinis.
“Okey juga tu. Dan mungkin di dalam mimpi Durra tu, saya akan terus mengusulkan juga supaya Durra akan sudi menerima saya pula?” Seloroh Fandi kembali.
Tergelak Ilia dengan gurauan itu. Namun hatinya semakin berdebak debuk. Sinar matanya semakin redup. Renungan penuh makna dilemparkan kepada Fandi yang juga sudah mula merasakan bahang kehangatannya.
Wanita di hadapannya itu kembali tersenyum nakal. Pandangan yang dilemparkan kepada Fandi juga berubah rasa. Kali ini penuh dengan kelembutan, keyakinan dan kebijaksanaan.
Tiba-tiba Ilia mengenyitkan mata kanannya, seolah-olah dia sedang berkongsi rahsia dengan Fandi. Berkongsi rahsia yang hanya mereka berdua yang tahu.
Fandi terasa bagaikan lututnya telah disentap dari bawah. Nasib baiklah dia sedang duduk tika itu. Kalau dia sedang berdiri, mahu pengsan dibuatkan oleh perempuan ini, omel Fandi pada dirinya sendiri.
“Fandi?” Ilia melemparkan pertanyaan.
“Ya?” Baru Fandi tersedar bahawa sekali lagi dia tidak mendengar sepatah pun apa yang telah Ilia katakan padanya. Dia bagaikan hilang di dunianya sendiri.
Jantung Fandi mula bergolak hebat. Terasa seperti dia sedang mendengar siren yang telah berbunyi di dalam kepalanya, memberinya amaran supaya dia segera menyisihkan dirinya dari wanita ini. Tapi dia masih terpaku di situ. Hatinya tidak mendengar kata akalnya. Ilia direnungnya dalam dan tajam.
“Ahem, malam semakin larut, awak nak tidur di sini aje ke, berbantalkan lengan dan bertilamkan meja ni? Awak tak nak balik?” Ilia menyoal sambil jari jemarinya bermain-main dan mengusap belakang tangan Fandi.
Pasti ada jalan untuk memujuk wanita ini untuk memberikan kerjasama yang diharapkan, demi kepentingan syarikatnya. Itu kata akal Fandi. Tapi ketika itu jugalah, nafsunya menguasai diri. Fikirannya kosong. Fandi sendiri tidak tahu apa yang hendak difikirkannya lagi. Otaknya tidak dapat berfungsi.
Jari jemari Ilia yang sedang mengusap tangannya itu bagaikan sedang membelai tubuhnya, menjalarkan kehangatan sedikit demi sedikit.
Apa yang sedang bermain di fikirannya sekarang ialah bagaimana agaknya kalau tangannya pula yang menjalar ke seluruh tubuh wanita itu. Apakah rasanya membelai tubuh wanita yang berkulit halus dan licin itu. Terasa mahu diciumnya pipi yang gebu itu. Tapi apakah reaksinya kelak?
Fandi terasa semakin hangat walaupun pada hakikatnya, restoran itu berhawa dingin. Nafasnya terasa sempit dan tersekat-sekat.
“Fandi?” Suara Ilia yang sedikit kuat menyentak Fandi dari lamunannya yang semakin nakal. Baru dia tersedar di mana dia ketika itu. Dia termangu lagi. Tidak pernah dia mengalami suasana begini.
Hish, mampus aku kalau Ummi tahu beginilah perangai anaknya pada malam ini, Fandi mengomel sendiri. Wajah emaknya yang lembut tetapi tegas itu terlintas di ruang mata. Dia cuba untuk memberi perhatian kepada apa yang hendak disampaikan oleh Ilia kepadanya.
“Sorry, saya perlu balik sekarang. Dah terlalu lewat dan awal pagi esok pula saya ada meeting di tempat pelanggan saya.” Ilia menjelaskan.
“Okey, no problem. Are you ready?”
Fandi melemparkan senyuman manisnya kepada wanita di hadapannya itu. Ilia membalas kembali senyuman itu sambil menganggukkan kepalanya.
Tanpa berlengah, Fandi memanggil pelayan dan menguruskan pembayaran bil agar mereka dapat beredar dari situ dengan segera. Tidak sabar rasanya untuk melarikan dirinya dari situasi yang kurang menyenangkan ini.
Gelora nafsu yang menjengah ingin ditenangkan walaupun Fandi sedar, kemungkinan itu adalah amat sukar untuk dilakukan.
Sekurang-kurangnya untuk malam ini. Bayangan air sejuk membasahi tubuhnya menerjah ke ruang mata. Hai, akan lenakah tidurnya malam ini? Keluh Fandi sendiri.

No comments: